Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

~Sebuah Kehidupan~



Kehidupan kita sebagai manusia yang termaktub  sebagai ‘watak’ sama seperti yang tertera di dalam sebuah buku..
Semestinya mempunyai pengarang yang Maha Hebat..
‘Pengarang’ dan ‘Penulis’ yang  Agung..
Di awal permulaan sebuah buku adalah tanggal lahir kita..
Permulaan ‘watak’ kita sebagai ‘pelakon’ di dunia ‘layar’..
Dan di muka terakhirnya pula adalah penamat sebuah ‘sejarah’..
Saat akhir yakni kematian yang sudah menjadi fitrah selayaknya buat makhluk..
Setiap halaman dan helaian di dalam ‘buku’ itu adalah kehidupan seharian kita..
Semuanya tercatat tanpa tertanggal sedikit pun..
Terpalit kisah suka duka gembira dan sedihnya..
Kepelbagaian ‘rentak irama’ yang ‘beralunan’ di dunia perjalanannya..
Menjadi kenangan sebagai teladan dan pengajaran untuk babak yang seterusnya..
Bermula dari kalimah yang ‘pertama’ dan diakhiri jua dengan kalimah yang ‘terakhir’..
Seharusnya ‘tercipta’ buku yang ada tebalnya dan tidak kurang juga buku yang nipis ‘cetakannya’..
Daripada ‘sedap’ mata memandang hinggalah ia menjadi tinggalan yang cukup ‘usang’..

Akan hebatnya ‘idea’ Tuan punya buku ini..
Seburuk dan sehina mana sekalipun ‘kisah’ di halaman sebelumnya..
Akan tersedia bersama halaman yang berikutnya..
Halaman yang ‘putih’ ‘bersih’..
Pastinya halaman baru yang tiada ‘cacat cela’nya..
Senantiasa tersedia..

Begitulah dengan ‘fantasi’ manusia ini..
Seburuk dan sekeji mana sekalipun di hari semalam..
Masih ada lagi ruang suci yang Dia sediakan untuk hambaNya..
Ruang yang penuh dengan jalan sinaran dan ‘magfirahNya’..
KasihNya Dia pada hamba-hambaNya untuk kita memperbaiki kembali..
‘Menjahit’ semula ruang dosa  yang telah kita ‘kotori’..
‘Menampal’ kembali ‘kain’ yang dipenuhi noda..
Menjahit dan menampal dengan ‘perca-perca’ pengharapan dan keinsafan..
Dan juga ‘hiasan’ air mata taubat yang telah lama disediakan buat kita..

Sungguh dan benar sama sekali benarnya bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
Dia yang melanjutkan alur cerita yang sudah termaktub sekian lamanya..
Menyediakan susur keluar daripada ‘dunia kelalaian’..
Segala catatan dan riwayat kita tidak akan pernah padam sehinggalah kita menemui penghujungnya..
Saat yang ‘terhidang’... Ajal, Kematian..
Tika melalui ‘lorong ‘ sempit mahupun luas…kubur..
Untuk kita kembali ke ‘kampung halaman’ ‘kampung akhirat’ ..
Bersediakah Kita…???

0 comments:

Post a Comment