Duhai Wanita,
Dunia kini ketandusan wanita yang menjadi sumber cahaya bagi dunia muslimah.. Sepertimana Saiditina Khadijah, Saiditina Aisyah, Saiditina Fatimah, Rabiatul Adawiyah, Sayyidah Nafisah, Sumaiyah, Asiah dan ramai lagi para wanita yang menjadi bulan dan bintang dalam pejuangan Islam suatu ketika dulu.. nama yang menjadi seribu satu sebutan dalam teladan dan pengajaran.. Perjuangan yang tidak mengenal apa itu erti penat lelah..
Tugas siapakah lagi untuk mengembalikan ke'izzahan wanita bak wirawati seperti mereka ...??? Kalian yang bergelar wanita.. Wanita yang mengaku muslimah. Kalianlah wanita itu duhai muslimah.. Ya, memang benar kalian bukan Saiditina Khadijah, bukanlah juga Saiditina Aisyah mahupun Saiditina Fatimah az - Zahra dan seumpamanya.. Mungkin kalian terfikir bahawa kalian tidak mampu menjadi seperti meraka yang terdahulu.. Mereka yang berkorban memperjuangkan, mempertahankan dan meneguhkan addinul Islam.. Tetapi sekurangnya kalian mampu untuk mencuba menjadi seperti mereka.. Membantu dan menjadi sayap kiri kepada seorang lelaki.. Kalian jua mampu untuk menggegarkan dunia Islam.. Seperti Sumaiyah, mempertahankan agama walaupun nyawa menjadi gantian.. Seperti Asiah, hidup menjadi taruhan dalam pemerintahan raja kejam, Firaun.
Wahai Wanita..
Ayuh, bangunlah kembali..bangunlah bersama dalam memperjuangkan kalimah suci di atas muka bumi ini. Berlandaskan pensyariatan yang disyariatkanNya..
Kalianlah wanita itu dalam meneruskan suasana Islamiah dan menyampaikan risalah dan pegangan yang dibawa junjungan Agung, Nabi Muhammad s.a.w. ..
Peranan kalian wahai muslimah... Peranan kalian wahai mu'minah..
Ayuh, sama - sama mengembalikan ke'izzahan suasana maghrifatullah sepertimana mujahidah - mujahidah tadi..
Ø Peranan seorang lelaki adalah menjadi pembimbing dan ‘penunjuk arah’ buat seorang wanita ke arah yang diredhai dan benar. Bukan sebaliknya. Renung bersama duhai Muslimin Muslimat...!!!
0 comments:
Post a Comment