Dunia pantas merentasi masa. Sudah berlabuh tahun 2011 dan kini menjelma pula tahun baru 2012. Ditanya apa azam tahun baru…??? apa matlamat, harapan dan umpamanya sempena tahun baru. Kalau tahun-tahun yang sebelum ini bagaimana. Dah tercapaikah segala impian kita. Ataupun impian sekadar impian. Angan-angan saja yang melambung tinggi entah ke mana.
Pernah terfikir untuk memperbaharui niat kita dalam sesuatu hal…??? Pernah terfikir untuk mengawal nafsu yang acap kali menguasai diri…??? Pernahkah kita terfikir untuk memperbaiki segala salah silap kita…mengurangkan sifat mazmumah dan memperbanyakkan sifat mahmudah. Mahupun kita mengharapkan mampu mendekatkan diri kita pada Yang Esa…???
Tak kan nak tunggu bala Tuhan datang menerjah kemudian baru kelam kabut kita nak bertaubat. Malam tahun baru saja ada yang ditangkap sana sini. Kes itu ini. Kalau nak kata yang baik rasanya sedikit sangat program yang bermanfaat malam tahun baru. Kalau yang bertentangan, yang punah ranah, hancur …memang bersepah. “Wahhh…buat dunia ini macam dunia mak bapak korang yang punya. Dah puas dah kut hidup atas muka bumi ni..”
Berapa ramai yang menyambut tahun baru dengan sorak gembira. Sedangkan nun di sana berapa ramai yang kehilangan insan tersayang. Berapa ramai yang kehilangan tempat tinggal. Peringatan yang datang terus menerus bukan untuk membebankan manusia tapi untuk kebaikan sejagat. Tetapi sedih kerana hanya sebilangan kecil sahaja yang mengambil istifadah daripada apa yang berlaku di kehidupan sementara ini.
0 comments:
Post a Comment