Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Natijah

Ku mulakan dengan Bismillah.
Ku iringi dengan wasilah Alhamdulillah.

Masih diberi kesempatan waktu dalam mengisi kekosongan ruang di ‘arena’ ini. Setelah kian lama jua kiranya ‘tidur’ dalam kebuntuan. ‘Terjaga’ dengan keluhan seorang saudaraku yang hampir hilang hala tujunya. Kali ini, ana khususkan buat adik-adik yang memperoleh keputusan SPM baru-baru ini.

Ada suka, ada duka. Tersenyum kegembiraan, tangisan kesedihan. Senyum dan tangis dalam kegembiraan. Sedih bertapa di dalam diri. Ada yang sesal. Ada yang kecewa. Tidak kurang jua yang seperti ‘batu’ atau ‘tunggul’. Tidak kisah dengan natijah yang diperolehi.


Syukur dipanjatkan buat Ilahi bagi mereka yang berjaya dan berpuas hati dengan keputusan dan redha buat mereka yang ‘tersungkur’ dek kesedihan.

Usah kecewa, usah berduka, usah bersedih kerana jalan di hadapan masih lagi bersisa. Menanti langkah dikau di sepanjang perjalanan itu. Andai langkah kini sudah longlai dan rebah apatah lagi langkah yang bakal kalian tempuhi di hadapan sana kelak. Andai kiranya langkah yang kini sudah tersadung rebah, apakah kalian sudah enggan dan lemah untuk bangun semula. Bertapak ke hadapan selangkah demi selangkah dalam menongkah arus dan dunia baru yang tersedia buat kalian jejaki dan tempuhi. Hanya kerana sekali tersungkur, dunia seakan-akan gelap tanpa cahaya.

Apa salahnya kita bersangka baik dengan rencana Ilahi dalam soal ini. Dia menetapkan sedemikian rupa tidak lain dan tidak bukan dalam menguji Iman hamba-hambaNya. “Adakah ana tersilap dalam percaturan kata-kata ini…???” Kejayaan dan kemanisan diberi untuk menguji sejauh mana mereka mampu bersyukur walaupun sekadar ‘Alhamdulillah’. Begitu jua sebaliknya.

Apa jua natijah dan keputusan, syukurlah kerana masih lagi diberi peluang dalam menuntut ilmu sedangkan di luar sana entah berapa ramai insan yang inginkan peluang keemasan namun tidak semua mampu menggapainya. Syukur andai kiranya ilmu yang terbuku di dada menjadi sandaran dalam mencapai redha Allah s.w.t.. Malang dan dukacita kalau ilmu yang diperoleh tiada manfaat buat diri sendiri apakan lagi insan lain. Ilmu pinjaman ini hanya sementara . Bakal terhakis, terangkat dan hilang sedikit demi sedikit. Manfaatkan dalam kebersamaan menuju redha Ilahi.


“…sekali kau gagal tidak bermakna kau gagal selamanya.
Kau gagal andai kau tidak mampu untuk bangun semula…”

0 comments:

Post a Comment