Ramadhan
kareem ( kemuliaan ) kembali dengan seribu satu rahmat, keampunan dan pembebasan daripada
api neraka Allah
Taala. Jaminan yang telah ditetapkan sejak sekian lamanya dahulu. Rugi
bagi mereka yang masuk ke dalam madrasah Ramadhan tetapi bila mana keluar dari madrasah Ramadhan
ini, mereka tidak mendapat keampunan dari Dia.
Satu kewajipan yang termaktub di dalam Al-Quranul Karim
lebih dari 1400 tahun yang lalu. Akan tetapi, sayang seribu kali sayang, masih
ada lagi makhluk berakal yang cuba mempertikaikan hukum ini. Masih ada lagi
mereka yang menyanggah perintah dari Sang Pengcipta. Tidak hairan andai ada
lagi yang membongkak diri menolak secara mentah, menolak secara
terang-terangan. Apatah lagi yang menolak secara halus. Cantik di zahirnya tapi
hodoh dan buruk pada batinnya.
Amanah dan kewajipan ini yang dipertanggungjawabkan kepada umat
manusia yang bergelar Muslim. Bukan
sekadar agamanya sahaja Islam tapi
jati diri dan peribadiannya jua berhiaskan erti sebenar peranan Muslim. Di
mana ingin diperoleh ‘role model’
yang Islamik, sekiranya perkara yang asas sekalipun masih terhuyung hayang,
tunggang terbalik dan akhirnya bersandarkan ilmu yang cetek tapi berlagak
pandai, tersungkur di dunia kejahilan.
0 comments:
Post a Comment