Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

UPSR


Bismillah…..
Dengan kalimah suci ana mulakan..

Buat adik-adik yang mengambil keputusan UPSR khususnya istimewa buat adik-adik Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech, Kulim, Kedah.

Adik-adik sekalian,
Dahulunya adik-adik berjuang untuk menghadapi peperiksaan. Kemudian bersuka ria sesudah tamatnya peperiksaan. Dan akhirnya menanti sabar bilakah keluarnya keputusan UPSR. Dan debaran semakin terasa bilama ingin mengambil keputusannya. Bila sudah tahu keputusan, ada yang bersuka ria, ada yang berduka lara.

“Fitrah bagi mereka yang bakal menginjak ke dunia baru.”

Adik-adik SKTHT,
Apa jua sekalipun keputusan yang kamu sekalian perolehi. Apa jua natijah yang sudah kamu genggam, perlu kamu semua ingat, masih luas lagi ruang yang terbentang di depan kamu. Masih panjang lagi jalan yang bakal kamu lalui. Terlalu banyak onak yang bakal kamu tempuhi. Jangan biarkan diri kamu jatuh tanpa bangun semula.

Pernah ana ingatkan dalam ‘motivasi’ sebelum ini. Hebat mana sekalipun kamu. Hebat macam mana sekalipun keputusan kamu, namun andai tiada akhlak dan tiada adab...tiada manfaatnya. Biarlah ilmu yang kamu perolehi itu sebagai langkah awal untuk kamu teruskan dalam kehidupan yang kian mencabar.

Apa pun keputusan dan langkah kamu seterusnya selepas ini, ana doakan yang terbaik buat semuanya.. buat adik-adik SKTHT. All The Best…


“..Andai Jatuh, Bangun Semula…”

0 comments:

Post a Comment