Pantas berlalu masa meninggalkan kita. Tahun demi tahun, bulan
demi bulan, minggu demi minggu, seharian berlalu begitu sahaja. Detik jam,
minit dan saat. Detik waktu yang kian berlalu tanpa ada perhentian dan
persimpangan. Menongkah dan melawan arus masa dunia yang tiada aral halangan.
Terus maju dan bertapak di depan tanpa ada gangguan. Tapi apakah ada kesan yang
tertinggal di belakangnya. Andai dahulu kita mempunyai azam untuk tahun 2012, apakah azam dan hajat kita
tercapai dan terlaksana…??? Atau impian sekadar impian, fantasi yang tidak
menjadi realiti. Hidup di dunia khayalan tanpa ada kenyataan. Di manakah hala
tuju kehidupan dalam menggapai kejayaan. Ruang waktu yang berkesempatan kita
habiskan dengan segala sesuatu yang ada manfaat atau sebaliknya. Kenangan manis
dan pahit terbayang di mata minda. Memori suka dan duka terimbau satu persatu.
Bila suka, terasa ingin kembali di saat itu. Andai duka, mahu sahaja mengelak
dari terhenti tika itu. Namun begitu, bukankah fitrah semulajadi segala tiap
sesuatu ada ‘pasangan’nya. Itulah hakikat fenomena yang tidak sama sekali dapat kita
ubah dengan sewenang-wenangnya. Terima dengan hati terbuka.
Acap kali kita berprasangka yang tidak manis bila kita terpaksa
berhadapan dengan situasi perit dalam kehidupan. Mengeluh dan meratap bagai nak
rak. Bukankah semua itu adalah satu pengalaman dalam hidup dalam mematangkan
diri kita. Di saat teruji untuk membuat penilaian dalam sesuatu perkara. Apa
gunanya hidup tanpa cabaran dan dugaan. Setiap rintangan yang kita lalui tidak
sehebat seperti ‘mereka’ yang terdahulu. Namun, masih ada yang gah dengan diri
masing-masing.
Biarpun sama sekali yang berlalu tanpa kenyataan yang kita
harapkan, perjalanan dan derap langkah perlu kita teruskan. Bersyukurlah andai
kini masih lagi bernafas di atas muka bumi Allah s.w.t.. Bernyawa
dengan tanpa ada bayaran yang perlu terlaksana saban waktu. Bersama, dimanakah
tanda syukur kita pada Ilahi…??? Di atas kurniaan yang tidak berbelah bagi. Apakah kita hamba
yang bersyukur buat pemilik duniawi dan ukhrawi…???
Berjalan dan
berjalanlah..
Bernafas dan
teruslah bernafas..
Sampai saatnya
kita akan ketemu ‘persimpangan’ buat kesekian kalinya..
Persimpangan demi
persimpangan..
Sehingga ‘merasai’ akan
nikmat yang tiada tandingan. insya-Allah..
0 comments:
Post a Comment