Aku
berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam..
Aku berlindung daripada manusia yang ‘kejam’..
Aku berlindung daripada manusia yang ‘kejam’..
Aku
berlindung daripada kejahatan yang zahir mahupun yang batin..
Dengan
nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani..
Selawat dan salam ke atas junjungan agung Muhammad s.a.w. dan seisi keluarga dan para sahabat baginda dan seluruhnya..
Kesyukuran ku panjatkan buat Tuhan Sekalian Alam, Allah Rabbul ‘izzah..
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah

dan diagungkan melainkan Allah,
dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh dan utusan Allah..”
dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh dan utusan Allah..”
22
tahun berlalu meninggalkan diri yang bersarang dengan segala-galanya. Daripada
kain rentang yang putih bersih mulus suci kini terpalit dengan warna warni
kehidupan. Sungguh kotor sekali andai diteliti. Dengan tompokan hitam di hati
dan jasmani. Semakin lama semakin bertompok. Entah bilanya akan hilang tompokan
ini. Bakal menjadi saksi di hadapan Ilahi
tanpa ada pendinding andai tiada keinginan diri dan iman dari seketul daging
yang bernama hati..
Terima
kasih atas ucapan, kata-kata dan ungkapan dari kalian. Apa yang ana harapkan
tidak lain dan tidak bukan doa dari kalian. Tidak kira siapa pun diri kita, doa
saling terutus biarpun tidak bersua. Doa sebagai saudara seagama, rakan
seperjuangan.
Ya Allah, kami mohon ampun atas segala dosa yang telah kami
lakukan..
Kami mohon ampun atas ketelanjuran
dalam kehidupan..
Kami mohon dari-Mu akan redha-Mu, rahmat-Mu dan syurga-Mu..
Jauhkan kami daripada azab seksa api
neraka-Mu..
Matikanlah kami Ya Allah dengan “Khusnul Khatimah”..
Jangan matikan kami Ya Allah dengan “ Su’ al Khatimah”..
Jangan matikan kami Ya Allah dengan “ Su’ al Khatimah”..
0 comments:
Post a Comment