“Kalau harap dahi licin dan muka saja cun melecun macam ratu cantik..”
“Kalau harap badan ja ‘hot’ melenggok macam itik pulang petang, lenggang kanan kiri..”
“Tapi, perangai serupa ‘merak’… minta maaf, anda tidak tersenarai sebagai ‘calon’ yang berhak mengisi ‘borang’…!!! Muktamad…!!!”
Sehinggalah…….
Manisnya terasa apabila terpandang raut wajah yang begitu menyenangkan. Tika terpancar ‘nur’ yang kian menjelma walaupun di malam hari di kegelapan yang menghitam di saat cahaya di ufuk tenggelam menghilang. Namun, sinaran yang menghias adalah sebaik-baik perolehan yang dikurniakan olehNya.
Lebih menawan apabila tersusun langkah perilakunya dengan sifat-sifat yang menjadikan dirinya bergitu berharga. Bukan sahaja di pandangn manusia bahkan di kaca mata agama Islam. Biarlah hina di kerdipan manusia tapi mulia di pandangan Allah s.w.t.
Lebih tertarik apabila terukir tutur kata yang tersusun dan bijaksana namun penuh dengan hikmah. Biarlah nampak sombong dan ‘jual mahal’ bagi kaum lelaki namun itulah maharnya. Mahar yang bakal menjadi pilihan buat insan yang bertuah. Siapakan gerangannya yang mampu mengetuk pintu seorang Muslimah anggun di kala ini…??? Selayaknya buat si dia. Menanti imam yang bakal memimpinnya.
Pastikan pandangan yang halal. “Mencuri pandang dalam jelingan.”
Ya Allah, mudahan dipertemukan buatku bakal ‘teman’ di kala mendatang dalam mengisi ruang hidupku. Menjadi pendampingku di kala ku memerlukan insan yang mampu bersama-sama dalam menggerakkan risalah di jalanMu. Menjadi pendokong tika jatuhnya aku sendirian dalam tangisan yang dipenuhi kesyahduan. Setia berteman detik susah dan senang. Segalanya bersama dalam menggapai maghfirah dan rahmatMu. Amin ya Rabbul ‘Izzah…
0 comments:
Post a Comment