Dalam segenap ruang waktu yang berlalu terlalu banyak onak ranjau yang berliku. Semakin hari semakin mencabar seiring dengan perkembangan ummah sejagat. Ada manis dan tidak kurang pahit peritnya. Alhamdulillah, selaut kesyukuran ku panjatkan padaMu. Masih lagi diberi peluang dalam ruang bernafas di atas dunia pinjaman yang sementara ini. Dengan nikmat Iman dan Islam, masa lapang dan kesihatan yang sedia ada, semuanya nikmat yang tak terbalas walaupun nyawa jadi pengganti. Alhamdulillah.
Syukur ku panjatkan buat Engkau Tuhan Sekalian Alam kerana masih lagi diberi kesempatan waktu di hayat pinjaman ini sedangkan ramai yang sudah kembali pada fitrah kehidupan. Apakah ini ‘kelahiran’ku yang terakhir di dunia ini. Mahupun masih ada lagi pada tahun mendatang. Andai ini yang terakhir, ku mengharapkan ia adalah yang terbaik diantara yang terbaik. Sedar diri masih dengan salah dan silap akibat leka yang bertandang. Ku mengharapkan hidup ini bersama dengan redha dan rahmatMu Ya Allah.
“…….dalam meneruskan langkah da’ie…….”
0 comments:
Post a Comment