Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

"Tingkat Atas"


Berdiri dalam ibadah di tempat yang lain dari sebelumnya. Andai sebelum ini, hanya di ‘hamparan bumi’ sujud menyembah, acap kali terpandang di atas sana dan terfikir.. “bila rasanya..dan macam manalah rasanya solat di atas sana..??” Hari ini merasai nikmat dan permintaan kecil itu termakbul walaupun sekadarnya. Pada asalnya di situlah tempat solat buat Muslimat.

Terlintas di fikiran, di ‘binaan agung’ kenapa ruang solat Muslimat dibina di tingkat atas sedangkan ruang solat Muslimin  di bawah. Menerawang mencari jawapan yang bersahaja.

Terhenti di kalimah ‘Martabat’. Benar. Martabat dan nilai seorang Muslimah dan seorang Mu’minah terlalu tinggi. Tidak hairan kiranya ana beranggapan tingginya ruang solat di ‘binaan agung’ ini jua kerana mengangkat martabat nilai seorang Muslimah Mu’minah. Bukan sahaja di dalamnya bahkan di luar persada arena ujian mencabar.

Tidak semuanya dibina di atas. Ada jua di bawah. Andai di bawah ianya untuk dipimpin. Andai di atas, diri mereka adalah untuk  ‘diangkat’ kerana nilainya. Bukan kerana peribadi yang zahiriah sahaja. Jua peribadi lahiriah. Mudahan ia menjadi indah sejernih pandangan.


Seorang muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata.
Apabila digilap akan memancarkan sinar yang penuh bercahaya.
Muslimah adalah ciptaan Allah s.w.t yang unik.
Dalam masa yang sama boleh menjadi sesejuk mata air di gunung.
Penciptaannya sangat rumit, kisahnya berwarna-warni.
Dirinya ibarat bunga yang mekar di taman.
Muslimah dicipta dengan ribuan keunikan.
Peliharalah dirimu wahai muslimah.
Janganlah biarkan dirimu menjadi fitnah dunia semata-mata.

“..Kerana Dirimu Begitu Berharga..”


0 comments:

Post a Comment