Terlihat dua adik-beradik lelaki,
si abang dan si adik. Tersenyum keduanya
dengan jam tangan baru di tangan masing-masing. Si
abang memakainya di tangan kiri dan si adik memakainya di tangan
kanan. Si adik kelihatan mengeluh dalam apabila jam yang dipakainya seolah-olah
besar berbanding tangannya yang serba kecil lagi. Usia masih terlalu muda. Jam yang
dipakai lagaknya seperti orang dewasa. Terukir kesukaan di raut wajah suci mereka. Bersih dari
dosa dunia.
Melihat kawan yang lain juga
memakai jam, sengaja bertegur sapa bertanya waktu sebenar sambil tangan
menyentuh jam di tangan. Sedangkan sudah tahu masanya. Sudah tahu detiknya. Si adik tidak senang duduk
dibuatnya dek jam tangan yang baru dimiliki itu. Sebelum ini tiada pula kelihatan
jam tangan di tangan adik-beradik tersebut. Mungkin baru peroleh, sudah ‘excited’
gamaknya. Fitrah kanak-kanak ‘Ribena’.
Tersenyum Si Pena sendirian melihat telatah kanak-kanak yang masih mentah. Terbayangkan kisah lama. Terkenangkan segala memori lalu yang sudah pasti tidak
akan berulang kembali. Sambil terimbau kenangan
silam sambil telinga ‘menangkap’ isi khutbah yang menerjah
ke gegendang telinga. Mengambil mutiara-mutiara
ilmu yang bernilai buat diri Si Pena.
~Dua dalam Satu~
Masih lagi merangkak mencari arah tuju di persimpangan di hadapan. Menanti waktu dalam tempoh yang kian susut dalam menempuh medan yang kian hampir di
perjalanan. Masih jauh lagi untuk tiba di penghujung jalan. Jalan yang
seterusnya kian terhidang dengan penuh penantian.
0 comments:
Post a Comment