Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Rejab 1433


“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..”


22 Mei 2012 bersamaan 01 Rejab 1433

Tarikh, waktu dan hari yang dinantikan sebahagian umat yang bernafas di atas muka bumi. Di persinggahan yang sementara ini. Di dunia yang penuh fana dan khayalan semata-mata. 

Di antara bulan Islam yang sememangnya ditunggu detiknya kini kian kembali lagi menemui kita. Menjemput kita dengan ‘gerbang’ yang terbuka luas. Sekadar menanti mereka yang menginginkannya sahaja. Mengiringi dengan seribu satu  ganjaran sebagai langkah permulaan bagi penyusulan dua bulan yang mulia diantara bulan-bulan Islam yang agung. Dimuliakan Allah Taala dengan ‘khazinatul asrar’ bagi tiap satu isinya.

Sebanyak mana sekalipun kita ma’ruf dengan ‘khazinah’ yang diketahui umum, belum lagi tercapai di fikiran kita akan rahsia yang hakiki yang hanya diketahui oleh Dia. Andai titisan air lautan yang ada di hujung jari kita adalah ‘khazinah’ yang diketahui, masih banyak lagi titisan yang belum kita temui. Hingga ke akhirnya tidak akan sempurna pencarian jawapannya. Kebenaran, hanya Dia Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu.

0 comments:

Post a Comment