Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Kerjaya



Selamat menyambut “Hari Pekerja” kepada semua yang  bekerja. Termasuklah yang sedang membaca ‘memo’ tak seberapa ini.  ~Mei~

Kenapa diadakan ‘Hari Pekerja’ kemudiannya dikhususkan hanya untuk golongan yang bekerja pula. Bagaimana dengan mereka yang tidak mempunyai peluang kerja. Apakah mereka tidak  layak meraikannya.  Padahal yang ‘menganggur’ lebih ‘sakan’ dari yang bekerja.

Tidak kira siapa sekalipun diri dikau, kita semuanya ‘bekerja’ dan sememangnya berkerjaya.  Salah satu ‘kerja’ kita adalah pengibadatan pada Yang Esa. Amal soleh dan kebaikan adalah salah satu kerja dan amalan yang sebati dalam kehidupan. Tidak dinafikan jua sifat dan perlakuan yang bertentangan yang terlarang jua sejajar dalam hayat sementara ini. Walaupun semuanya hanya secebis.

Dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan satu-satu perbuatan, ingat bahawa setiapnya akan dipertanggungjawabkan. Jangan kau fikir kau belum berkerjaya bak seorang jurutera dan doktor umpamanya, kau terlepas dari tanggungjawab. Hatta  mereka yang gemar melepak di tepi jalan jua akan dipersoalkan amanah yang diberikan pada golongan ini. Benarpun yang melepak juga ada amanah yang dipertanggungjawabkan apatah lagi golongan yang  sudah berkerjaya. Bertambahlah amanah yang dipikul.

Setiap orang di pundaknya terpikul satu amanah sekurangnya. Tiap saat, tisap detik dan tiap langkah kau melata di atas muka bumi ini, tiap derapan kau mencari rezeki, tiap degupan kau mencari fantasi, selagi itulah amanah tetap beriringan dengan jasad pinjaman.

Terkadang tersadung rebah,
 ada kalanya tersalah arah,
kembali sinar yang cerah,  
andai diri hampir mengalah,
jangan mudah mengalah,
dalam redha bertaut pasrah,
kembalikan segala-galanya kepada Allah.
Insya-Allah.  
“Islam Itu Indah”

0 comments:

Post a Comment