Kebanyakan daripada kita semuanya sudah sedia maklum dengan malapetaka yang melanda di arena persada dunia baru-baru ini. Bencana yang datang tidak dipinta. Bala yang mendatang bukan dari anggapan. Semuanya datang dari Dia semata-mata satu peringatan buat umat bersama.
“Mungkin di sini tidak tahu, mungkin di sini kurang tahu hakikatnya yang sebenar tapi tidak ketinggalan dalam melayari apa itu dunia semasa.”
Dalam kekalutan, dalam ketakutan. Ada yang risau, ada yang berlari sana sini. Ada jua yang terdampar lesu kerana kesakitan. Kesakitan yang Allah hadiahkan pada mereka di saat yang lainnya alpa dengan nikmat dan gahnya dunia pinjaman ini. Sakit dan ujian sebagai tanda kasih sayang Allah buat hambaNya.
Bila dapat saja berita tentang tsunami, gempa bumi, ramai yang pakat ingat Allah, Allah, Allah. Senantiasa ingat Tuhan Pencipta Alam saat itu. Tapi, bila mana sudah ditarik kenyataan tentang isu ini. Baguslah dengan mereka yang mengungkap kalimah Alhamdulillah.
Bagaimana pula dengan sebaliknya…???
Masih bergelumang dengan noda…???
Tapi, selama mana mereka yang ketandusan sebegini mampu mengekalkan kesyukuran kita pada peluang yang diberi. Hari ini kita bersyukur, esok lusa kita leka dan alpa. Paginya kita menadah tangan kesyukuran, petangnya kita berlenggang kemaksiatan. Malamnya kita bergelumang dengan dosa yang berterusan. Sampai bila semuanya akan berakhir…???
Selagi mana hayat dikandung badan. Selagi mana jasad bernyawa. Selagai mana roh masih setia dengan jasad. Dan selagi mana nyawa pinjaman belum tiba di halqum, masih ada lagi peluang dalam bertaubat.
“Jangan sekadar bertaubat di fajar mendatang tetapi kau kufur di senja menghilang.”
0 comments:
Post a Comment