1 April baru-baru ini ada yang menyambut perayaan yang semuanya sedia tahu yakni ‘April Fool’. Ditanya pada seseorang tentang hakikat sebenarnya ‘April Fool’ dan kaitan yang bersangkutan dengan ‘Valentine’s Day’.
Yang mana satu sebenarnya peristiwa kejatuhan Islam di Sepanyol suatu ketika dulu….??? Ada yang mengatakan tika tarikh 14 Februari iaitu tarikh ‘Hari Kekasih’ kononnya. Padahal ‘Hari Bala’ semata-mata. Dah tau boleh datang bala asyik nak keras kepala, keras hati keras segala-galanya. Dan ada juga yang mengatakan 1 April iaitu ‘April Fool’.
Yang sudah pastinya kalam ulama’ mengatakan HARAM dalam menyambut kedua-duanya. Sekali lagi, hukumnya adalah HARAM bagi umat Islam. Bagi manusia yang mengakui dirinya beriman. Muslimin dan Muslimat sekaliannya.
Masalahnya sekarang ini tak nak dengar kalam ulama’. Nak ikut telunjuk manusia dalam ‘semak’. Gaya-gayanya zaman moden la sekarang. Jangan nak ‘sempit’ sangat pemikiran. Berlagak saja lebih padahal apa pun tarak tau. Asyik nak menjahanamkan manusia lain saja tabiatnya. Yang jenis macam ini lagi kolot akalnya. Bantut pemikiran. Yang sambut pun sama saja. ‘beku’.
Kedua peristiwa ini bukanlah budaya Islam dan tidak dituntut dalam agama Islam itu sendiri. Kemudiannya bicara ulama’ telah bersepakat mengatakan HARAM. Jadi, makna kata tidak perlu nak raikannya. Tak perlu nak fikir banyak. Selesai.
Yang jadi masalah sekarang ini, ada juga yang nak sambut ‘Hari Bala’. Kalaulah ada lagi ‘senapang P. Ramlee’ mahu saja ditembak orang sebegini.
Kejatuhan Islam suatu tika dahulu tika kira sama ada 14 Februari ataupun 1 April. Yang pasti, kedua perayaan ini disambut kerana kemegahan musuh-musuh Islam menumbangkan Islam. Andai kiranya kita sebagai umat Islam sendiri menyambut perayaan ini, apakah kita rasa kita tidak menyumbang persetujuan kita dalam kejatuhan Islam pada zaman dahulu kala. Ada iman ada akal ada petunjuk, pakat-pakat muhasabah kembali.
*kena tegur sebab tak update blog… padan muka…
0 comments:
Post a Comment