Langkah seterusnya perlu ditempuhi setelah kian lamanya menanti. Menanti sesuatu di luar jangkaan. Perlu ditempuhi biarpun masa yang berbaki tidak yang dipinta. Kekuatan diperlukan dalam menempuh onak yang kian bercabang. Bercabang dengan segala macam rintangan yang perlu disusuri.
Saatnya bakal mendatang seiring dengan putaran waktu yang tidak menentu. Bahang yang kian terasa walaupun ia masih ke hadapan. Persediaan diperlukan bagi para pejuang untuk memasuki medan ‘perang’ yang bakal sama-sama kita berjihad. Berjihad di jalan yang pastinya satu kemuliaan. Lapangan yang tidak tahu akan ketepatan harinya. Bersedia dengan sebarang kemungkinannya.
Sampingan dalam perjuangan. Ibadah yang tersusun dalam melangkah menyampaikan risalah. Risalah yang ada gadah dan rebah kerana pengaruh yang kian lama kian parah. Meskipun begitu, diri tidak ingin mengalah pada mereka yang telah lama bermujahadah dan menggapai apa itu nikmatnya sebuah kejayaan dari Allah.
…Salam Perjuangan…
0 comments:
Post a Comment