Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Tutur Bicara ~1~


Setiap hari, saban waktu kita akan menuturkan kata-kata tidak kira siang mahupun malam. Kadang-kadang orang sekeliling pun tidak tahu apa yang kita tutur katakan. Biarpun bicara kata kita ada baik atau sebaliknya. Tidak bermakna semua yang diucapkan baik-baik belaka. Tidak dinafikan apa yang diungkapkan buruk semata-mata. Ada kalanya sebagai senda gurau bersama rakan taulan dan teman bicara.

Namun begitu, andai tersilap bicara mampu menggores segumpal darah yang bernama hati. Biarpun lidah itu terkadang lebih bisa daripada mata pedang, namun ada masanya lidah itu perlu berhikmah dalam menutur kata. Memang pedas, pahit tapi pandanglah dari sudut yang positif.

“Memuji tidak bermakna suka..
mengkritik bukan bermakna benci..”

Dua adat yang berbeza yang diperhatikan..

Pertama, bila bertelagah, segala maki hamun sumpah seranah dikeluarkan tanpa ada rasa segan silu lagi biarpun banyak mata yang memandang, biarpun banyak telinga yang mendengar. Asalkan rasa puas hati kerana segala-galanya dilepaskan. Hatta pertelingkahan umpama itu mampu dibawa hingga ke hujung nyawa. Dendam kesumat, sifat amarah yang kian menghitam di sudut hati.

Keduanya, andai bertelagah, masih lagi mampu mengawal emosi dan tutur bicara katanya. Kerana mungkin tahu akan kesan yang mendatang. Masih lagi berfikir dengan waras, dalam bertelagah masih lagi mendoakan buat ‘saingan’.


Pilihlah mana yang terbaik. Kita mampu menilai mana yang baik mana yang buruk… ^_^

0 comments:

Post a Comment