Seronok
bukan bila tengok kanak-kanak ‘bergaduh’. Lebih-lebih lagi kanak-kanak yang
cukup mentah usia mereka, dalam lingkungan berbulan hinggalah usia 12 tahun
umpamanya. Kiranya di dunia sekolah rendah.
Biarpun
hari ini mereka bergaduh, esok lusa masih lagi bertegur sapa, tersenyum dan
terus melawak senda gurau. Bila melihat kanak-kanak seusia 7 tahun bergaduh dan
bermasam muka, masing-masing saling tuduh menuduh tidak mahu mengaku bersalah. Tidak
lama kemudiannya, terlihat berkejaran ke sana ke sini dengan gelak tawa yang terserlah
keriangan di wajah masing-masing. Sebahagian dari kita akan hilang masalah bila
melihat kanak-kanak sebegitu. Terasa ringan beban yang dipikul.
Tiada
dosa noda yang bersarang dalam diri mereka.
Tiada
dendam kesumat.
Tiada
dengki.
Tiada
amarah.
Hari ini mereka bermasam muka, mereka bergaduh, cukup mudah mereka berbaik semula. Mudahnya anak-anak kecil ini melupakan segala salah silap orang lain. tapi bagaimana pula dengan seusia dewasa, dari belasan tahun hingga puluhan tahun. Hatta buat mereka yang bergelar ‘veteran’.
“Kubur kata mari, rumah kata
pergi.”
Itu pun
kalau kubur menjemput, kalau kubur pun tiada selera nak menjemput, di manakah ‘kedudukan’
kita. Nauzubillah min zaalik.
0 comments:
Post a Comment