Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Selamat Hari Guru 2013


Guru Malaysia : 1Aspirasi, 1Agenda

Itulah tema Hari Guru pada tahun 2013. Maka dengan itu, sekalung ucapan kuucapkan buat semua warga pendidik tidak kira siapa pun dikau. Moga secalit ilmu yang dicurahkan menjadi satu titik keberkatan yang membawa ke arah kebaikan. Andai bukan untuk sesiapa, biarlah sekadar untuk diri sendiri mahupun ummah manusia sejagat. Yang pasti, guru-guru acap kali terfikirkan anak-anak muridnya bukan..???

Apa yang ingin ana nukilkan di sini bukan ditujukan kepada sesiapa, sekadar satu peringatan buat diri ana jua. Apa yang dilihat, sana sini ucapan hari guru tertulis tidak kiralah mana-mana sekalipun, pastinya yang ketara adalah di ‘Facebook’. Secara spontan, otak ligat berfikir, kenapa ‘guru’ yang awal-awal sekali memberi ilmu tidak disebut. Ataupun, sengaja begitu tidak pun terlupa. Padahal memang tetap setia dengan satu nama ‘guru’ tersebut. Siapa lagi andai bukan ibu bapa kita sendiri. Jua keluarga kita. Pendidikan awal yang kita peroleh adalah di rumah, siapa lagi andai bukan guru yang terbaik sedari kecil andai bukan ibu bapa kita. Tapi berapa ramai yang mengucapkan ‘terima kasih’ buat ibu bapa sendiri. Ada tapi tidak ramai.

*aci angkat tangan la kalau buat gtu slalu

Kalau setakat ucapan ‘terima kasih’ buat warga pendidik sedari kecil, burung tiung pun boleh ucap. Tidak ingin menuding kepada sesiapa. Sekadar renungan bersama sahaja. Apa salahnya, kita selitkan sedikit bicara kata kita berserta doa buat para guru dan ibu bapa.

Berapa ramai yang mendoakan gurunya sejak dahulu. Tak kan bila tiba hari guru mahupun sambutan hari guru, barulah nak ucap doa. Kenapa tidak sahaja saban waktu tika mengangkat tangan menadah doa, waktu itu juga kita memohon kepada Allah s.w.t. mendoakan buat guru-guru kita.

* doalah apa pon, doa yg baik2 dah tau

Ya, tak dinafikan bahawa semua yang didoakan itu termasuk di dalam ‘muslimin dan muslimat’ tapi apa ruginya andai ditambah dengan ungkapan, “mu’alimin wal mu’allimat”. Ilmu yang ana peroleh tika 2005, ana kongsikan bersama di sini. Mudahan ada manfaat bersama, insya-Allah.

Jangan sekadar tahu mengucap sahaja tanpa ada hasilan yang membawa makna. Pernah atau tidak kita bayangkan siapa diri kita di waktu kini andai tiada guru yang mengajar dan mendidik kita sedari kecil. Bila kita meningkat dewasa, apa sumbangan dan jasa kita pada pendidik. Apakah kita meninggalkan senyuman yang terukir di bibir mereka ataupun kita meninggalkan kesan parut buat mereka. Apakah mereka masih mahu ketemu lagi dengan kita setelah sekian lamanya. Tidak akan luput nostalgia lama bersama anak-anak watan yang telah mereka kenali suatu masa dahulu. Dengan ramagm dan kerenah, kenakalan apatah lagi sukar dibendung. Namun fitrah bagi pendidik, mereka masih kecil. “Kanak-kanak Ribena” katakan.

Masa kian lama kian meninggalkan kita. Terus berlalu bersama memori silam. Kenang kembali apakah yang kita perolehi sekarang ini berbaloi untuk kita kembali berhadapan dengan para pendidik kita. Sehebat mana sekalipun diri kita, harus diingatkan berulang kali, tanpa guru siapalah diri kita.

Guru yang terbaik..
murabbi yang terbaik diantara yang terbaik tidak lain dan tidak bukan,
Rasulullah s.a.w.

* pengalaman mengajar mematangkan diri

Bersama 'guru' terbaik sedari kecil, mak..


Ketemu bersua guru sekolah rendah jua 'mak mertua'ku
Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Dik..


Menziarah guru yang mengajar sewaktu di sekolah menengah..
Maktab Mahmud Yan..

Bersama anak murid di awal langkah "dunia perguruan"..
Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech

Bersama kanak-kanak Ribena di akhir "dunia pendidikan"..
Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech..

“Salam diari seorang pejuang tiada masalah yang tidak merumitkan,
ujian yang melemahkan, dugaan yang tak menyusahkan.
Bahkan itu semua dijadikan sebagai batu loncatan untuk lebih hebat maju ke hadapan.
Mereka tepu dengan dugaan dan cabaran.
Cumanya sesekali air mata merembes menerjah di pipi.
Lambang kekerdilan kudrat hamba pada Ilahi.
Berdepan dengan ‘belaian’ Sang pencipta.
Sebagai tanda ingatannya. Teruslah tersenyum. Walau susah dan payah teruji.”

0 comments:

Post a Comment