Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Penggal Kedua 2012 / 2013


“Jika kamu takut untuk melangkah, lihatlah bagaimana bayi yang mencuba untuk merangkak dan berjalan. Sudah pasti kamu akan sedar bahawa manusia pasti akan pernah jatuh. Hanya yang terbaik sahaja mampu untuk bangkit dari jatuhnya.”

Menuju ke medan peperiksaan buat penggal ini. Sedangkan ada yang lainnya sudah tamat dengan imtihan masing-masing. Bersuka ria dan berseronok sesudah usainya ‘peperangan’. Ada yang sudah mula bercuti dengan perancangan itu ini. Tidak kurang juga ada yang masih lagi di medannya. Dan ada juga yang belum melangkah masuk ke medan. Semuanya dengan bidang dan kelompok tersendiri. Ada yang berpuas hati, ada yang sebaliknya. Namun begitu, segala percaturan yang berlaku ada hikmahnya bukan..???

Ada yang bertanya,
“kenapa perlu ada peperiksaan..??? kan seronok kalau tiada peperiksaan.” Nak jawab apa pun tak tahu. Kalau dijawab ada saja jawab balasnya. Bila diam tak berjawab, dikatakan tak endah dan tidak ambil peduli. Jadi, jawab dengan idea yang munasabah dan berhikmah. Jangan pertikaikan apa yang sudah berlaku. Terima seadanya.


Apa jua sekalipun, jalan di depan masih jauh untuk dilalui. Liku yang bercabang bukan mudah untuk direntasi berseorangan andai tiada teman yang sudi bersama. Jatuh bangun seorang hamba adalah satu fitrah buat kita. Terus maju ke hadapan, sesekali pandang ke belakang untuk mengimbau kembali mana yang perlu diperbaiki.

Ayuh…


0 comments:

Post a Comment