Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Pelik


Pelik. Pelik dan memang pelik. Pelik dengan sebahagian pelajar ataupun penuntut ilmu yang meniru di dalam peperiksaan. Imtihan. Exam. Tidak kiralah siapa orangnya. Bidang agama, bidang bukan agama. Yang peliknya penuntut ilmu di dalam bidang agama. Nama sahaja belajar agama. Belajar pula bukan di tempat yang calang-calang. Gah konon-kononnya. Tapi sayang, bila datang waktu imtihan, ada juga yang meniru. Tidak kiralah meniru dengan cara yang macam mana sekalipun. Sama ada dibawa ‘toyol’ ataupun berbincang antara satu sama lain di dalam imtihan.

Ada yang berkata, boleh berbincang waktu imtihan. Ada yang kata bincang waktu imtihan sebab nak tolong. Tolong la sangat kan. Nak tolong menjahanamkan orang yang ditolong mungkin juga. Apa masalahnya kalau jawab soalan yang diberi dengan apa yang ada di dalam diri sendiri. Akal panjang. Sudah nama pun peperiksaan, sudah tentulah secara individu yang menjawabnya.

Nak kata bodoh, marah..
Nak kata pandai, megah..

Waktu sekolah dulu teringat kata-kata seseorang.. “sapa yang tiru memang bodoh, kalau kantoi waktu meniru memang 5 kali bodoh ataupun 5b.” Apa yang ‘b’ nya. Bodoh. Bangang. Bengap. Bahlul. Bengong. ( geqam punya pasai )

“Hang dapat pi la result baguih teqa mana pun, bukan hasil daqi kepala hang sendiqi..”

Tapi, itu waktu sekolah. Tak kan nak samakan istilah ini dengan penuntut di universiti pula. Nama universiti dah gah bukan main. Tapi, yang menirunya itu kenapa..??

Ada sahabat datang bertegur sapa selepas waktu solat lalu bertanya, “waktu exam ada kawan-kawan yang bincang meniru dak..???” Sebenarnya serba salah juga kalau nak menjawabnya. Kemudian sahabat ini pun luahkan apa yang dipendamnya. “Ngaji saja tinggi, ngaji pandai, ‘ala tul ( straight ), tapi dalam exam meniru bincang..” terdiam sebentar lalu menyambung, “rasa-rasa ada dak keberkatan ilmu yang dia orang belajar tu”.

Ana memang setuju dengan luahan ini. Apa gunanya belajar tinggi-tinggi kemudiannya dapat  ‘pointer’ tinggi tapi bukan dari hasil diri sendiri. Ada akal tapi tak reti nak guna. Eh silap, tak reti nak manfaatnya. Belum cukup umur katakan. Tak boleh nak bezakan mana yang baik dan buruk. Budak hingusan pun cerdik lagi.

Ada yang tulis jawapan di kertas soalan kemudiannya tukar kertas soalan dengan kawan sebelah mahupun mana-mana sajalah. Ini namanya bangang, saja nak pelingkup kawan. Harap belajar saja ilmu agama. Madah yang dijawab dalam imtihan juga berkaitan dengan madah agama tapi saja nak malukan ilmu agama yang dipelajari.

Mungkin ada yang tak puas hati dengan artikel ini. Bukan ‘mungkin’ tapi ‘memang’. Memang akan ada yang tidak puas hati dengan artikel ini. Siapa…??? Siapa lagi bukan kalau bukan ‘pelingkup-pelingkup’ di dalam peperiksaan. Kalau tak nampak depan mata, apa peduli. Masalahnya memang nampak depan mata. Bukan baru sekarang nampak ‘keja bodoh’ ini tapi sudah lama.

Ada akal, ada hati, ada ilmu, ngaji belajar tinggi sampai hujung dunia tapi buat kerja bangang. Nasib baiklah bukan bangang abadi. Selepas ini bolehlah perturunkan ilmu pada ‘anak-anak murid’ dan jangan lupa pesan boleh meniru dalam ‘exam’ .

“mood geram”


0 comments:

Post a Comment