Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Syaaban 1434H


Syaaban 1434H kembali lagi setelah Rejab meninggalkan kita beberapa hari yang lalu. Berlalu pantasnya tanpa kita sedari bahawa masa yang kita lalui saban waktu itu ada nilainya andai digunakan dengan cara yang bermanfaat.

Namun begitu masih ramai lagi yang tidak sedar bahawa kita sudah memasuki satu fasa persediaan, persediaan akhir menuju ke ‘destinasi cinta’ yang hanya dikhususkan buat umat agung Nabi Muhammad s.a.w.. Umat Baginda s.a.w. adalah sebaik-baik umat.

Masakan tidak, terkejar dengan duniawi sehingga terlupa seketika. Sekadar seketika, mudahan tidak terlupa buat selamanya. Mudah dan cepat saja masa yang lepas meninggalkan kita tanpa kembali bertandang sedetik sekalipun. Langsung tidak berpaling untuk kita menjengah. Sekadar terlintas apa yang kita lakukan biarpun sesaat.

Bulan Syaaban, bulan yang kelapan dalam kalendar Islam selepas Rejab dan sebelum hadirnya penghulu segala bulan, Ramadhan. Di ambang awal bulan Syaaban ini, apakah kita sudah bersedia menyambut ‘tetamu kehormat’ kita dengan iman dan taqwa. Biarpun iman sekadar senipis kulit bawang, namun biarlah berputik rasa kerinduan dan kecintaan kita buat ‘tetamu’ kita ini.


Risau andainya selepas ini kita tiada peluang untuk bertemu dengannya.
Kerinduan biah Ramadhan di ardhul kinanah

0 comments:

Post a Comment