Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Nisfu Syaaban

Nisfu Syaaban baru sahaja berlalu. Setengah daripada bulan kelapan dalam bulan Islam sudah meninggalkan kita. Sekadar menanti hadirnya madrasah Ramadhan sahaja. Terasa damainya bulan yang penuh keberkatan dan keampunan.

Terkadang diri terfikir, adakah diri ini sempat untuk menikmati bulan Ramadhan pada tahun ni. Adakah sempat untuk menyempurnakan sebulan kiranya madrasah Ramadhan. Apakah sempat untuk menghabiskan Ramadhan untuk ketemu dengan bulan-bulan seterusnya.

Kerinduan untuk menikmati semula menghirup bi’ah Ramadhan di tanah arab ini. Setahun lalunya menikmati Ramadhan bersama keluarga di tanah air sendiri. Pada kali ini bertukar arah dan angin pula. Tidak sabar rasanya untuk ‘menatap’ Ramadhan ini. Ingin menyambut ‘tetamu’ yang membawa rahmat, berkat buat sepanjang kehidupan.


Diri yang dipenuhi dosa ingin menyucikan diri sebelum hadirnya ‘tetamu’ ini. Terlintas di fikiran, usah ditunggu dan usah ditangguh penyucian diri untuk menyambut akan ‘tetamu’ itu, kerana hadirnya malaikat pemutus segala kenikmatan tidak mengenal bila waktunya. Entah sekarang, entah esok, entah lusa. Entah inilah ‘warkah’ terakhir buat semuanya. Takut dan gerun dengan sesuatu yang pasti.

Apakah diri ini sudah bersedia…??? Tidak…!!!



......................................................................................................................

-Allah menjadi perantaraan antara hati-hati yang sedang merindui..-~ sakinah abdul hamid ~
*terima kasih ya budak kecik..

0 comments:

Post a Comment