Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

Rahsia Hati

Rahsia hati itu adalah suatu yang tersembunyi di dalam lubuk yang terpendam biarpun sekian lamanya. Segala kenangan manis pahit, suka duka kehidupan sentiasa terpahat di satu tempat yang ingin dikongsi bersama insan terpilih. Rahsia hati itu adalah satu anugerah buat hamba-hambaNya bergelar insan. Selagi mana hati nurani kita masih ‘berfungsi’ dengan sewajarnya, selagi itulah hati nurani dan rahsia hati senantiasa mengiringi kita dalam fasa-fasa hayat yang berbaki.

Kita punyai rasa kerinduan.
Kita punyai rasa kasih sayang.
Kita punyai rasa belas ihsan.
Tidak kurang juga,
Kita punya rasa benci terpendam.
Sifat marah yang tak terluah.
Cemburu yang membara.

Segala sifat mahmudah dan mazmumah kerap kali melintasi hati kita biar seketika. Lumrah bagi manusia yang tidak senang dengan ‘kejayaan’ dan kebahagiaan yang lainnya. Terkadang hati sukar menerima kenyataan, terkadang hati terlalu pasrah dan redha dengan ketentuanNya. Yakin dengan segala yang ‘tertulis’ bahawa setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.

Mengapa perlu ada derita dalam hati sedangkan derita itu yang akan menyakitkan diri sendiri. Lepaskan segala amarah benci dendam yang bersarang dalam hati. Sengsara jiwa. Elakkan ego yang melampau seolah hanya diri kita sendiri yang mampu menunjukkan ego dan keras kepala. Naluri yang lain tidak kita pedulikan. Bila ego bertemu dengan ego, hilang kasih sayang sesama manusia. Bila tiada belas ihsan, manusia mula bertunjangkan nafsu. Apabila nafsu mula menguasai diri, kebaikan dicampak ke tepi. Hilang suasana yang mendamaikan.



*pergolakan dan perjuangan di ardhul kinanah
*merindui hadirnya Ramadhan

0 comments:

Post a Comment