Terlalu banyak perkara kebajikan yang kita mampu laksanakan,
tunaikan sepanjang bulan Ramadhan ini. Ana khususkan di bulan Ramadhan kerana kini kita semua berada
di dalam Ramadhan ‘fasa pertama’.
Amal kebajikan dan perkara mahmudah ini cukup ringan untuk
dilaksanakan tetapi kita melihatnya seolah-olah satu beban, dan keberatan untuk
melaksanakan.
Yang utamanya di dalam bulan Ramadhan ini adalah solat terawikh. Memang benar solat terawikh itu adalah satu amalan sunat. “Kenapa perlu mengutamakannya berbanding yang lain…???”
Solat sunat terawikh hanya ada
pada bulan Ramadhan sahaja. Tidak tahulah pula andai ada segelintir daripada kita
yang menunaikan solat sunat terawikh di luar dari
bulan Ramadhan. Bukankah solat sunat terawikh itu sunat
yang dituntut ( sunnah muakkadah ) dan digalakkan untuk umat Muhammad s.a.w.. Peluang
keemasan sebegini bukan mudah kita peroleh andai kita meringan-ringan perihal
solat sunat terawikh.
Selain dari itu, bacaan al Quran tidak kira
secara bertadarus mahupun secara bersendiri. Asalkan tetap istiqamah dalam
bacaannya. Apa kata di dalam Ramadhan ini, kita lipat ganda bacaan al Quran kita. Andai pada tahun sudah kita sekadar menghabiskan 1 juzuk sahaja, pada
tahun ini kita habiskan dua juzuk dan lebih. Andai tahun sebelum ini kita sekadar habiskan 10 juzuk, pada kali
ini kita habiskan 20 juzuk. Yang penting, semakin hari semakin baik. Apa salahnya habiskan
30
juzuk bacaan.
Di samping yang lainnya amalan-amalan kebajikan yang mampu kita
laksanakan. Bersedekahlah selagi kita mampu, biarpun sekadar
satu senyuman. Usah bermasam muka sesama insan di dalam Ramadhan. Bukankah kita
semua ingin mencari kasih sayang dan rahmat Tuhan.
*Jangan duk buat amal kebajikan bagai nak rak, tapi tak puasa pulak…
0 comments:
Post a Comment