Keajaiban di bulan Ramadhan…
Banyak keajaiban yang berlaku dalam diri kita sepanjang bulan Ramadhan. Kalau kita
berfikir dan berfikir dan terus berfikir, kita akan temui apakah keajaiban
tersebut. Keajaiban yang terhijab dari pengetahuan orang lain. tidak mustahil
juga keajaiban diri yang diketahui orang sekeliling kita.
Bila mana di luar bulan Ramadhan, kita makan dan minum di siang
hari..
namun di bulan Ramadhan, kita sekadar makan dan minum di malam hari..
namun di bulan Ramadhan, kita sekadar makan dan minum di malam hari..
( pompuan kes
len ok )
Walaupun begitu masih ada lagi yang makan dan minum di siang hari sama
ada secara terbuka atau bersembunyi. Tidak ada rasa bersalah dalam diri
walaupun sekelumit.
Di luar Ramadhan, rajin sekali sesetengah manusia yang ‘mengkhatamkan’
novel.
Pantas, emosi, praktikal…
Namun, di bulan Ramadhan hanya segelintir sahaja yang mampu
mengkhatamkan ‘novel’ terbaik sepanjang hayat, al Quran..
Masih wujud lagi mereka yang bukan sahaja enggan membaca malah
enggan belajar membacanya. Apatah lagi manusia-manusia yang menidakkan segala
yang sesuatu terkandung di dalamnya.
0 comments:
Post a Comment