Dengan kalimah suci ku mulai..
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”
Segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana diri hamba yang penuh dosa ini masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas di atas muka bumi pinjaman Allah s.w.t. ini. Diberi kesempatan sekian lamanya ‘berjalan’ di permukaan ini. Mengharapkan dapat ketemu dengan tetamu mulia yakni Ramadhan.
Firman Allah s.w.t. di dalam kitab sucinya, al Quran al
Karim..
dari surah kedua, surah al - baqarah..
ayat ke 183 ; ‘mafhumnya’…
“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kami agar kamu bertaqwa.”
Ayat yang mewajibkan diri kita sebagai seorang muslim untuk
berpuasa kerana puasa itu adalah satu satu rukun Islam. Menjadi kewajipan
kita sebagai hamba Allah untuk melaksanakan tuntutan agama sejak sekian lamanya.
*jangan
lupa niat posa untuk sebulan sekali gus buat malam pertama di bulan Ramadhan
*senantiasa
perbaharui niat
*jangan duk pertikai apa bagai, pakat guna kepala otak, akai…
0 comments:
Post a Comment