Lima puluh ringgit ( RM 50 ) ringan sekali dihulur saat membeli itu ini di bazar Ramadhan tapi satu ringgit ( RM1 ) begitu berat sekali dihulur tika tabung masjid bertandang di
hadapan mata. Apatah lagi untuk si fakir yang memerlukan. Amal jariah memang
berat untuk kita lakukan kerana kita hanya melihat ‘balasan’ yang segera.
Berapa lama tempoh
kita ‘hidup’ di dalam bulan Ramadhan ini sedangkan ‘mati’ kita lebih teruja
di siang harinya. Katanya tidur itu juga ibadah. Memang ibadah. Dipersilakan. Walhal,
dalam jaga kita di bulan Ramadhan, banyak aktiviti
dan ibadah mampu kita tunaikan. Jangankan tidur tiada jaganya. Jaganya di sana
kelak.
Andai menghadirkan
diri ke masjid. Badan gelisah,
panas dan resah. Baru duduk i’tikaf dah rasa tidak selesa. Terasa bahang. Malas sekali untuk kita i’tikaf di masjid dengan lebih lama. Satu jam sekalipun terasa terlalu
lama. Kalaulah boleh i’tikaf di bazar-bazar dan
stadium. Mesti tempat sebegitu lebih popular dari masjid.
Apatah lagi, andai
ada tazkirah. Lagi bertambah-tambahlah bahang panasnya. Tapi yang hairannya,
bila mana berkerumun seperti semut di bazar, di stadium, di perhimpunan tidak
pula terasa resah gelisah begitu. Walhal saat tu lebih ramai makhluk. Asal dengar
tazkirah ringkas, ada saja yang angkat kaki. Mahu tak angkat kaki,
kemerahan sudah telinga.
0 comments:
Post a Comment