Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

8 Ramadhan


Dalam menjalani ibadah berpuasa yang menjadi kewajipan di bulan Ramadhan ini, diingatkan juga bersama untuk ‘berpuasa’ dari segi amalan yang boleh menyebabkan kurangnya pahala puasa kita. Lebih-lebih lagi peringatan untuk diri sendiri ini. Dan ingin mengajak semuanya yang ‘meniti’ di laluan halaman ini.

Bukan sekadar berpuasa menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari segi zahir sahaja, malah perlu bagi kita untuk menahan diri daripada perkara yang batin atau secara rohani dan dalaman.

Dengan kata lain, perkara-perkara yang mencacatkan amalan puasa kita di bulan Ramadhan. Kita semua tahu sebenarnya bahawa perkara yang tidak elok dilakukan tapi masih lagi melakukannya. Sama sahaja seperti kanak-kanak ditegah memanjat pokok, namun kanak-kanak itu tetap juga ingin memanjat.

Perbaharui niat kita dalam menjalani ibadah Ramadhan ini. Jauhkan diri kita daripada perkara yang melekakan dan mengasyikkan. Yang terbaik di bulan Ramadhan ini adalah makan dan tidur. Memang satu kenikmatan sepanjang bulan Ramadhan. Tidur untuk menghilangkan letih berpuasa kononnya. Tapi, dalam waktu tidur kita itulah, banyak perkara manfaat yang boleh kita lakukan.

Tidur sedari selepas subuh hingga ke tengah hari, bangun solat zuhur dan mungkin ada yang teruskan ‘hobi’nya semula. Tidak hairan andai ada yang berjaga malam kebanyakan sepanjang Ramadhan. Cuba kira semula, berapa lama tempoh tidur kita dalam seharian di bulan Ramadhan. Kalaulah bayi kecil boleh berkata-kata…”sapa yang baby ni, aku baby atau dia yang baby..hodoh bebenor perangai..”

Satu lagi perkara yang perlu dititik beratkan adalah nafsu makan. Makan itu biarlah sekadar satu pertiga daripada ruang dalaman kita. Walaupun perut berehat sepanjang waktu siang hari, janganlah kita menyeksanya dengan segala isi macam dunia. Tak sempat perut nak ‘bernyawa’. Itu ini itu ini. Pening perut nanti.


Kesannya, bila azan isyak berkumandang, entah di mana kita. Terawikh atau tidaknya wallahualam. Mungkin terus sambung qiamullail di malam hari menanti sahur dan subuh. Alhamdulillah. Sejuk perut yang mengandungkannya dulu. ( ^_^ )

0 comments:

Post a Comment