Esok adalah hari terakhir di dalam fasa kedua di dalam bulan Ramadhan yang mulia
ini. Fasa kedua yang dijanjikan buat umat yang bertakwa yakni ‘maghfirah’. Pengampunan daripada
Allah
s.w.t.. Masih belum terlambat biarpun hari yang terakhir. Mungkin yang terakhir kalinya dalam kehidupan dunia ini. Siapa yang tahu.
Di fasa yang pertama dahulu, ana khabarkan tentang rahmat Allah
s.w.t. iaitu kasih sayang Allah s.w.t. kepada umat
manusia yang menjalankan apa yang disuruh, apa yang diperintahkan iaitu
berpuasa di bulan Ramadhan. Ia adalah kewajipan yang mesti ditunaikan selagi
mana mencukupi syarat di sisi syara’.
Bila mana sudah perolehi kasih sayang Allah s.w.t.
maka
diampunkan akan segala dosa-dosa yang kita lakukan. Tapi, itu semua adalah di
luar batasan kemampuan fikiran manusia. Kita sebagai hamba yakin dengan apa
yang dijanjikan. Bulan Ramadhan ini ganjarannya tidak dapat dibayangkan sama sekali kerana
semuanya kembali kepada Dia.
Apa yang boleh kita harapkan, sama-sama memanjatkan syukur kepadaNya dan memohon
akan maghfirah Allah s.w.t.. Mudahan dengan itu, kita sebagai
umat Nabi Muhammad s.a.w. memperoleh rahmat Tuhan
Rabbul ‘izzah bukan sahaja dalam kehidupan dunia ini bahkan di kehidupan akhirat
kelak. Amin…
*********************************************
Ibu bapa ( penjaga ) mana yang tidak sayangkan anak sekalipun
anak-anak itu sering kali nakal dan berbuat silap. Tapi kerana sifat kasih
sayang yang ada pada diri nurani ibu bapa itu, mereka tetap maafkan dan
mengampunkannya…
0 comments:
Post a Comment