Awal Ramadhan semangat saja bukan membicarakan
tentang itu ini di dalam bulan mulia yang penuh dengan rahmat. Tapi,
kebanyakannya asyik mengkhabarkan tentang makan itu ini, sahur dengan makanan
ini, berbuka dengan segala macam jenis makanan.
Kadang terfikir, betul atau tidaknya juadah yang
tersedia waktu berbuka itu. Banyak batasnya. Bersangka baiklah sesama kita. Berbuka
secara berjemaah katakan. Sebab itulah banyak juadah hanya untuk berbuka sahaja
di awal ‘ifthar’.
Hari pertama. Apa sekalipun, jangan jadikan
kekenyangan yang dialami itu sebagai sebab untuk kita malas untuk menunaikan
ibadah ataupun melengah-lengahkan ibadah tarawikh dan sebagainya. Kalau setakat
hebat di ‘pentas’ makanan tapi ‘ceroi’ di landasan ibadah tiada gunanya.
Seimbangkan duniawi dan ukhrawi bermula dari
awalan. Istiqamah dengan niat yang ikhlas dalam menjalani ibadah sepanjang
Ramadhan ini. Perbaharui niat setiap tika dan masa. Mudahan Ramadhan kita pada
kali ini lebih baik dari sebelumnya.insyaAllah.
0 comments:
Post a Comment