Bagi yang menghadirkan diri ke masjid di bulan Ramadhan sudah pasti pernah mendengar ucapan atau ungkapan daripada
sesiapa sahaja yang memperingatkan tentang kelebihan Ramadhan. Diantaranya “Di awalnya rahmat, di pertengahannya keampunan dan
di akhirnya pembebasan daripada api neraka…” atau
seumpamanya.
Sekarang kita masih lagi berada di fasa yang pertama iaitu ‘Rahmat’. Adakah kita
sudah yakin sepenuhnya bahawa kita sudah peroleh rahmat Allah s.w.t. sepanjang dari awal Ramadhan hingga kini. Rahmat ataupun dengan kata lain, kasih sayang Allah s.w.t. kepada makhluk dan umat yang mengaku dirinya beragama Islam. Amalannya juga seperti orang yang beragama Islam. Pegangannya seperti orang yang beragama Islam. Dan hidupnya adalah hidupnya seorang muslim dan mu’min.
Mudah untuk kita dapatkan kasih sayang dan rahmat Allah s.w.t. tapi tidak semua orang cuba
mendapatkannya. Degil. Sama la juga seperti seorang anak yang mudah untuk
dapatkan kasih sayang daripada ibu bapanya tapi tetap berdegil melakukan
perkara yang ditegah. Andai patuh dan taat selagi mana tak bercanggah dengan syariat, mudah sekali kasih sayang itu diberikan.
Bukankah ar Rahman dan ar Rahim diantara nama-nama Allah. Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihani, Maha Penyayang. Tanamkan dalam diri kita untuk peroleh
kasih sayang Allah s.w.t. untuk kita
dapatkan rahmat Allah dalam kehidupan
ini, bukan sahaja dalam kehidupan dunia bahkan kehidupan selepas kematian. Kehidupan
di sana kelak. Kehidupan yang tiada akhirnya. Kekal abadi.
0 comments:
Post a Comment