Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

2 Ramadhan


“Apabila datangnya Ramadhan maka akan dibukakan seluas-luasnya pintu syurga, dan ditutup serapat-rapatnya pintu neraka, dan dibelenggu akan syaitan dan iblis.” (atau seumpamanya)

Salah satu daripada dalil tentang kelebihan Ramadhan dan kelebihan berpuasa di bulan Ramadhan. Hadis Rasulullah s.a.w. daripada bukhari dan muslim.

Seperti sedia maklum andai sahaja tiba di bulan Ramadhan inilah salah satu peringatan dan tazkirah yang sering kali kita dengar, baca dan teliti. Namun hanya sebahagiannya sahaja yang mengambil manfaat daripada apa yang dia pelajari, daripada apa yang dia dengari dan daripada apa yang terlintas di minda hati fikirannya.

Bila mana pintu syurga yang terbuka luas untuk umat Nabi Muhammad s.a.w. , maka dengan itu ambillah peluang sehebat-hebatnya untuk merebut peluang yang hanya datang sekali sahaja dalam setahun. Mungkin sekali sahaja sepanjang hayat kehidupan kita. Ambil manfaat dan amalkan segala kebajikan semampu yang mungkin. Biarpun dalam jaga, mahupun dalam tidak sedar.

Bila mana pintu neraka ditutup serapat-rapatnya, maka tidak sewenangnya kita bebas melalukan perkara-perkara mungkar di bulan Ramadhan yang mulia ini. Cuba jauhi seboleh mungkin dalam melakukan perkara yang boleh merosakkan ibadah puasa kita sepanjang hari. Kita mampu sebenarnya tapi nafsu yang tidak dibelenggu hebat juga peranannya.

Syaitan dan iblis dibelenggu, dirantai daripada mengganggu anak-anak, cucu cicit keturunan Adam dan Hawa dalam menjalani ibadah di bulan Ramadhan. Itulah kelebihan yang ada pada umat Nabi Muhammad s.a.w. akan tetapi masih lagi berleluasa segala kemungkaran di atas muka bumi ini.

Andai suatu ketika dahulu, syaitan dan iblis ketakutan, keresahan bila mana tibanya bulan Ramadhan namun begitu saat ini syaitan dan iblis hanya bersenang lenang dengan kata lain ‘relaks’ saja. Apa tidaknya, iman Muslimin dan Mu’minin pada zaman dahulu kala cukup gah hingga menakutkan syaitan dan iblis sedangkan iman umat pada masa kini senipis kulit bawang. Maka tidak hairan dan tidak gentarlah kaum laktunallah apabila dibelenggu sepanjang bulan Ramadhan.


Allahu Akbar…!!!

0 comments:

Post a Comment