Sudah 15 hari
lamanya kita berpuasa. Terasa macam baru semalam kita mula berpuasa. Hari ini
sudah menjengah ke pertengahan Ramadhan. Pertengahan bulan Ramadhan. Bulan ke sembilan dalam kalendar Islam. Kalendar Hijrah. Jangan sekadar
tahu berpuasa sahaja tapi tidak tahu bulan ke berapa di dalam Islam.
Amanah adalah satu
tanggungjawab yang mesti dilaksanakan biarpun siapa dirinya. Samalah, apabila
seseorang yang bekerja diberi amanah untuk menjalankan kerjanya. Ada tuan besar
katakan. ‘Bis Boss’.
Tidak kisah kerja
apa sekalipun, namun amanah itu adalah satu kepercayaan dan tanggungjawab yang
perlu dan mesti dipikul serta dilakukan kena pada tempohnya.
Dalam bulan Ramadhan ini juga, kita sebagai muslim diberi satu amanah iaitu berpuasa di bulan Ramadhan menepati syarat-syaratnya. Bila sudah diberi amanah ; Apabila sudah
diberi kepercayaan ini, adakah kita melaksanakan amanah yang
dipertanggungjawabkan.
Jangan sekadar ‘aku dah terima amanah’ tapi tidak
melakukan. Sudah tentu amanah yang dipertanggungjawabkan perlu dijaga
dipelihara sebaik mungkin. Secantik dan seindahnya. Bukan sekadar pada
kata-katanya sahaja.
Begitu jugalah puasa
kita dan amalan kita di bulan Ramadhan ini. Perlu dijaga dan diperlihara biarlah tampak cantik menarik
tertarik menawan rupa gayanya.
0 comments:
Post a Comment