Sewaktu menunaikan solat terawikh, terkadang
sempat juga melihat yang berpeluh dek kepanasan. Mungkin juga sekarang ini suhu
bumi yang kian meningkat ataupun peralihan cuaca. Saban ketika, sana dan sini
memang panas biarpun waktu malam.
Bila terlihat mereka yang dibasahi peluh tika menunaikan solat, terasa
beruntungnya mereka itu. Apa tidaknya, titisan peluh itu bakal menjadi saksi di
akhirat kelak. Titisan itulah yang mengatakan bahawa si fulan ini si fulan itu
mengerjakan ibadah kepadaMu Ya Allah.
Teringat zaman sekolah dulu, sewaktu bulan Ramadhan, pakat
berebut nak cari ‘parking’ dekat dengan kipas. Tapi, ada seorang yang tidak kisah langsung
dengan hal itu. Bila disindir dengan sebahagian yang lain, jawabnya hanya
bersahaja, “tak pa la, peluh ni jadi saksi kat kiamat nanti..”
Waktu itu tahun 2006, masih jelas di ingatan seperti semalam. Tidak
terlintas di fikiran sebelum itu bahawa itulah ‘saksi’ kita di
akhirat kelak. Alhamdulillah.
Memang ada yang katakan panas, tak boleh nak khusyuk sembahyang.
Peluh, tidak selesa nak sembahyang. “bersama kesusahan itu ada kesenangan”. Kesusahan di
dunia ini, beerti kesenangan di akhirat. Insya-Allah. Yakin dengan
janjiNya.
0 comments:
Post a Comment