Adat
yang menjadi kebiasaan bagi kita, menunaikan solat terawikh sama ada di surau ataupun kerap
sekali dilakukan di masjid-masjid yang berdekatan dengan tempat tinggal kita
umpamanya. Ada juga yang dilakukan di satu kawasan yang ‘lapang’. Tidak kiralah di sama sahaja
tempatnya, solat sunat terawikh
dapat ditunaikan dan dilaksanakan dengan baiknya.
Pengkhususan
solat sunat terawikh di masjid, surau…
Ada
beberapa jenis manusia yang ‘muncul’ ketika di dalam bulan Ramadhan. Diantaranya, mereka yang sudah biasa dilihat, yang kerap kali
menghadirkan diri saban tika di waktu solat fardu. Memang benar, ada yang tidak
cukup sehingga lima waktu. Sangka baik. Jangan sangka yang bukan-bukan.
Selainnya
pula, manusia yang hanya dilihat ketika waktu solat Jumaat dan di dalam bulan Ramadhan sahaja. Nak dikatakan golongan veteran tidak juga kerana yang
muda mudi turut sama tergolong dalam golongan ini.
Yang
lagi ‘hebat’ sekali, golongan yang tak pernah ‘nampak’ masjid dan tempat ibadah. ‘Darjat’ tinggi buat golongan begini.
Sekali lagi kita bersangka baik. Mereka ini berjemaah di tempat lain atau
mungkin bersama dengan keluarga masing-masing.
Bila
di bulan Ramadhan dapat dilihat golongan yang
cepat sekali ingin pulang ke rumah. Apatah lagi andai ada tazkirah ringkas. ‘Panas’ badan bila ada kuliah-kuliah dan peringatan bersama. Sudahlah
datang masjid lewat. Pulang pula awal sekali.
Apalah yang dirisaukan sangat dengan keadaan di rumahnya itu. Apalah yang nak
ditakutkan tika di masjid. Tetap bersangka, pulang awal
sebab nak berjemaah di rumah pula.
Nak dikatakan hasutan syaitan iblis, pakat-pakat kena 'rantai'..
Kerana nafsu yang tiada belenggu, hati resah dan gelisah
tika menghadirkan diri..
0 comments:
Post a Comment