Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

4 Ramadhan

Usai persiapkan diri, kaki melangkah menuju ke masjid. Menanti masuknya waktu Isyak. Sambil menunggu terdengar suara seperti suara budak-budak. Mata mencari dari mana datangnya arah suara itu.

Di satu sudut di dalam masjid. Di antara tiang-tiang masjid, terlihat seorang lelaki yang boleh dikatakan sebagai golongan yang istimewa. Mudah dikesan kerana bilangan yang hadir waktu itu tidak seramai seperti malam pertama Ramadhan. Mungkin yang lainnya dalam perjalanan menuju ke masjid. Menanti azan berkumandang baru masuk ke dalam masjid.

Yang hairannya, saat iqamat di’seru’, hanya tiga saf sahaja yang berkesempatan dengan takbir pertama imam. Banyak aral sebenarnya menuju ke masjid. Salah satu jihad yang terpaksa berkorban.

Berbalik semula pada insan istimewa tadi. Secara tidak langsung terfikir, insan istimewa sebegitu boleh hadir sebegitu awal di masjid masakan yang sihat walafiat pula entah ke mana.

Tiba dia bukan sekadar terus duduk iktikaf semata-mata bahkan sempat menunaikan solat tahiyatul masjid. Biar apa yang dia bacakan sukar untuk diri ini fahami lisan bicaranya. Namun begitu ada kesungguhan dari dalam diri insan istimewa ini. Memang kelihatan sakit yang teramat pada diri dia andai dilihat sekali pandang.

Yang sakit sekalipun boleh menghadirkan diri ke masjid apatah lagi yang sihat walafiat. Ke mana perginya mereka yang lain.


Sebelum nikmat sihat ditarik sedikit demi sedikit..
Benar juga, nikmat sihat ini tidak dapat dirasai melainkan sakit..

0 comments:

Post a Comment