Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

6 Ramadhan

Ada dua sifat di dalam diri manusia yang tidak pernah lekang dan tidak pernah lari selama mana hayat di kandung badan. Sifat kebaikan dan keburukan. Dengan istilah yang lebih mudah, sifat mahmudah dan sifat mazmumah.

Walaupun tanpa penerangan yang panjang lebar, kita sedia maklum apakah sifat mahmudah iaitu perkara yang bersifat kebaikan. Kita sedia mengerti apakah yang dimaksudkan dengan sifat mazmumah yang bersifat dengan sifat keburukan.

Adakah sifat mahmudah itu telah sebati dengan diri kita..
Mahupun sifat mazmumah yang sudah menjadi sebahagian daripada naluri kita..
Adakah sifat
mahmudah itu merupakan santapan jiwa kita saban ketika..
Mahupun sifat mazmumah yang telah menjadi ‘makanan’ rohani kita..

Andai dibicarakan ia menjadi terlalu panjang untuk dihuraikan satu persatu secara terperinci. Biarlah kita sendiri yang menilai masakan yang baik dan buruk dalam diri kita. Jangan dibiarkan dunia yang kian terbalik ini mempengaruhi diri kita. Yang baik dikatakan buruk, dan yang buruk dikatakan baik pula.

Ada dua perkara yang menjadikan diri kita menjadi perhatian orang lain…
1. Apabila dikau melakukan kebaikan, kebajikan.
2. Apabila dikau melakukan kesalahan, keburukan.


*sama-sama menjalani ibadah ramadhan dengan rahmatNya di 10 awalan yang pertama ini…

0 comments:

Post a Comment