Satu kurniaan dan nikmat yang Allah s.w.t. kurniakan
dalam Islam buat umat Nabi Muhammad s.a.w. di dalam bulan terakhir dalam kalendar Hijrah, Zulhijjah ialah ‘Aidul
Adha ; Hari Raya Aidil Adha ataupun dengan
nama lain Hari Raya Korban. Kenapa
dinamakan ‘korban’…??? Kerana
sejarah tercipta tentang pengorbanan yang berlaku dalam sejarah Islam diantara
seorang ayah, Nabi Ibrahim a.s. dan ketulusan
dan kepatuhan seorang anak, Nabi Ismail a.s..
Pengorbanan dan taat patuh yang tiada ragu dengan perintah Allah kerana mereka menjunjung tinggi dengan sebaik-sebaik perintah.
Tiada rasa ragu, tiada rasa curiga, tiada rasa was-was setelah mana difirmankan
buat mereka dua beranak. Keteguhan iman yang menggunung menebal di dalam diri
sehinggakan darjat mereka diangkat ke tempat yang cukup mulia di sisi Allah s.w.t..
Duhai sekalian
muslimin sekaliannya,
Bagaimana pula
pengorbanan yang kita tunjukkan buat ummah sejagat…???
Apakah pengorbanan yang kita hulurkan buat agama yang kita sayangi ini, Islam…???
Apakah pengorbanan yang kita hulurkan buat agama yang kita sayangi ini, Islam…???
Kita mengaku bahawa kita muslim, orang yang beragama Islam yang menyayangi agama kita sendiri, agama yang mulia di sisi Allah. Satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah s.w.t. tapi, sayangnya kini Islam itu hanya tinggal pada nama semata-mata. Ummah pula seperti buih-buih di lautan.
Saat
berderai jatuh titisan air mata suci Ibrahim a.s.
melihatkan
keteguhan iman anaknya Ismail a.s…
Di kala
itulah bermulanya sejarah agung erti sebuah pengorbanan…
Salam
‘Aidil Adha…
0 comments:
Post a Comment