Diantara rukun Islam yang lima adalah berpuasa di bulan Ramadhan seperti mana
yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. di dalam al–Quranul Kareem..
“Wahai orang-orang yang beriman, difardhukan, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu, kaum sebelum kamu agar kamu bertaqwa..” Surah al baqarah : 183
“Wahai orang-orang yang beriman, difardhukan, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu, kaum sebelum kamu agar kamu bertaqwa..” Surah al baqarah : 183
Di dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w. jua ada menggalakkan,
mewajibkan kita dalam menjalani ibadah puasa yang khusus dan wajib ini, iaitu
berpuasa di bulan Ramadhan, hadis di mana menyatakan tentang rukun Islam yang lima. Diantara
rukun agama.
Di hujung ayat suci kalamullah itu
dinyatakan agar kamu bertaqwa bukan sekadar bertaqwa dengan berpuasa sahaja. Apa guna
sekadar berpuasa menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar hingga
terbenam matahari, puasa dalam keletihan lesu tak bermaya kononnya tapi di saat
berpuasa itu di siang harinya langsung tidak menunaikan solat fardhu
yang
merupakan salah satu daripada rukun Islam juga. Dengan kata yang mudah,
berpuasa tapi tidak bersembahyang. Rugi beribu kali rugi.
Taat tapi dalam masa yang sama tetap ingkar. Sudahlah setahun
hanya sekali sahaja datangnya Ramadhan ini, itupun sekdar sebulan lamanya
dan peluang keemasan yang wujud di depan mata tidak diendahkan pula. Saat pintu
syurga dibuka seluasnya untuk mereka yang berpuasa, enggan pula melangkah
masuk, degil nak membuka pintu neraka yang sudah tertutup serapatnya itu dan hendak
terjun ke dalamnya. Apa punya manusia laaaaa…
Tertarik dengan satu kata-kata da’ie, “..bulan
Ramadhan ini adalah satu bulan bagi orang Islam untuk memutuskan hubungan dengan
syaitan dan iblis laknatullah..”
Andai zaman dahulu, mungkin benar syaitan dan iblis gelisah saat hampir
tibanya bulan Ramadhan, apakah zaman sekarang makhluk terkutuk ini masih gelisah sama seperti dahulu. Sedangkan manusia itu
sebahagiannya hampir menyerupai kaum ini. Serupa dari segi perwatakan. Mahu tidaknya,
sudahlah tidak berpuasa, boleh pula diajak hamba yang lain turut serta. Menghasut
dalam kemungkaran kepada Allah s.w.t..
Dikurniakan akal tapi buat perkara yang dianggap seolah dirinya
sudah mendapat jaminan ahli syurga, hukum yang diwajibkan tetap ditolak. Biar
tidak diucap dengan kata-kata namun sikap dan perbuatan itu sudah menunjukkan
bongkaknya manusia dengan Sang Pencipta, Tuhan Sekalian Alam.
“..Sudahlah nikmat yang diberi tidak disyukuri, malah ego melambung
tinggi dengan Ilahi. Duniawi yang sementara ini usah dibanggai, kelak kau kesal
dengan kehidupan ukhrawi…”
1 comments:
Post a Comment