Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Maha
Mengasihani..
Selawat dan salam ke atas junjungan agung lagi mulia penghulu
sekalian nabi dan rasul, Muhammad s.a.w. dan seisi keluarga Baginda dan para
sahabat seluruhnya yang dimuliakan oleh Allah s.w.t..
Tidak dilupakan juga buat para auliya’, para alim ulama’ terdahulu
dan kini, para pejuang agama yang berpaksikan syariat Allah s.w.t. dan seluruhnya
buat muslimin muslimat mu’minin dan mu’minat sekalian. Buat mereka yang mengaku
dirinya beragama dengan agama petunjuk, Islam dan buat mereka yang beriman dengan rukun Islam yang lima. Dalam
mengamalkan kehidupan dengan rukun agama yang tiga dan beriman dengan rukun iman yang enam.
Alhamdulillah, selaut kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Tuhan Rabbul ‘izzah
kerana
dengan nikmat Iman dan nikmat Islam, dapat lagi kita diberi peluang untuk bersama dengan Ramadhan pada kali ini. Dengan
nikmat kesihatan dan masa lapang yang mana dua nikmat yang seringkali sebahagaian
manusia itu sendiri leka alpa lalai saat ‘di atas’ dan dikenang
saat
‘di bawah’. Nikmat yang cukup bernilai sebagai hamba Allah s.w.t. untuk menghargai
dan mensyukurinya.
Nikmat apa lagi yang diinginkannya sedangkan nikmat yang sedia ada
sejak azali, sedari kecil hingga ke saat akhirnya masih tidak disyukuri,
dipinta pula akan yang entah baik dan entah tidaknya. Sedangkan nikmat yang ada
didustakan. Nikmat apa lagi yang ingin dipertikaikan. Dia mengetahui apa
yang terbaik di dalam yang terbaik buat hamba-hambaNya.
Jumaat pertama di bulan Ramadhan 1435H, bulan yang
mulia lagi dimuliakan Allah s.w.t. buat ummah manusia dan utamanya umat Nabi Muhammad
s.a.w.. Diberi kelebihan buat umat Muhammad s.a.w. dengan
kehadiran tetamu yang bertandang setahun sekali dan sebulan lamanya. Bertandang
biar tanpa ditunggu biarpun tidak semuanya menanti dengan hati terbuka. Ada yang
merungut dengan tetamu yang bakal menjadi saksi utama diantara saksi utama di
akhirat kelak. Nauzubillah min za lik.
***********************************************************
0 comments:
Post a Comment