Peperiksaan fasa kedua sudah usai seminggu kiranya, berjuang di
medan , di dewan peperiksaan adalah salah satu daripada cabang seni bagi
seorang penuntut ilmu tidak kira muda atau tua. Tidak kenal usia asalkan masih
ada lagi sifat ingin mempelajari dan dahagakan ilmu. Tidak dinafikan, semakin
lama kita mendalami ilmu, semakin banyak perkara dan hal yang kita pelajari. Sedikit
demi sedikit. Serba mengetahui luasnya ilmu Allah s.w.t.. Tiada
sempadan tiada penghujungnya.
Usah membangga diri dengan ilmu yang ada di dalam diri. Jangan dilupai,
hebat mana sekalipun taraf ilmu yang ada di dada, pantas mana sekalipun amal
yang kita praktikkan seiring dengan ilmu yang kita pelajari, lantang manapun
kita berhujah, semuanya itu adalah pinjaman bagi diri sementara ini dalam
menguji sejauh mana keberadaan hidup kita di dunia ini dalam menggapai rahmat dan maghfirah Allah
s.w.t.. Masih ramai yang lebih hebat dari kita tanpa kita sedari dengan
keangkuhan ilmu yang membuatkan kita
selesa di kedudukan yang sedia ada.
Sekarang menanti masa tibanya ‘tetamu’ yang ditunggu
selama ini setelah setahun kiranya pergi meninggalkan kita. Lebih kurang
seminggu sahaja lagi detik ‘pertemuan’ dengan ‘tetamu’ yang
senantiasa diundang dalam fasa kehidupan. Datang dan pergi saat masanya. Meraikan
tika bersamanya. Menampung kekurangan diri dengan kelebihan dan keagungannya.
# fasa bercuti dan ‘rehat’
sementara, bersaing diantara duniawi dan ukhrawi, seiring sejajar dalam mencari
cinta dan redha Ilahi.
0 comments:
Post a Comment