~ 02 Februari 2014 ~
Segala puji bagi Allah Taala yang memberikan suatu nikmat yang tiada
nilai untuk dititipkan. Hanya kesyukuran dipanjatkan buat Tuhan Sekalian
Alam.
Masih lagi diri ini diberi peluang sama sekali dipanjangkan umur yang semakin meningkat
dewasa dan semakin tua. Menanti harinya untuk kembali menghadap Allah Yang Maha
Esa.
Yang
Menghidupkan dan Yang Mematikan. Daripada Dia kita datang dan kepada Dia jua kita
kembali. Kembali kepada pemilik sebenar jiwa rasa jasad roh pinjaman sementara
di dunia yang tiada kekal ini.
Terima kasih buat yang mengucapkan ucapan ulang tahun dan yang
terbaik adalah apa yang didoakan. Bukan sekadar ucapan semata - mata tetapi
disusuli dengan doa kalian.
*Memori
~ 06 Februari
2014 ~
Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 53 buat emak tercinta, jauh
nun di sana tidak dapat meraikan hari kebahagiaan bersama sekian waktunya. Hanya
doa yang dikirimkan dari anak yang ‘degil’ ini. Semoga usia yang diperolehi ini
membawa 1001 keberkatan, maghfirah dan rahmat dari Allah s.w.t..
Terima kasih kerana melahirkan, menjaga, mengasuh, mendidik dan
mentarbiah anak-anak sedari dari sekecil tapak tangan sehingga sekarang. Tiada
apa yang dapat kami anak-anak membalas atas apa yang dicurahkan. Mohon ampun,
halal makan minum dan segalanya.
*Homesick
~ 14 Februari 2014 ~
Terkadang terfikir akan satu perubahan yang baik jua. Setakat apa
yang diperhatikan dan dirisik, tiada pula sambutan ‘valentine’s
day’.
Sampaikan ada yang provok tidak menerima ucapan Hari Kekasih. Hari Kekasihlah sangat.
Alhamdulillah. Satu perubahan yang wajar diberi kepujian untuk
diri yang menyedari akan satu fenomena yang hanya membawa malapetaka dan bala
untuk ummah sejagat.
0 comments:
Post a Comment