Bismillah..
Dengan lafaz dan kalimah yang suci ku mulai artikel di tahun ini.
Selawat dan salam ke atas junjungan agung Muhammad s.a.w. penghulu
dan penutup sekalian nabi dan rasul, dan tidak dilupakan buat ahli keluarga Baginda dan para sahabat, para
alim ulama’ dan sekalian muslimin dan muslimat yang kita garapkan rahmat dan
kasih sayang daripada Allah
s.w.t. Tuhan Rabbul ‘izzah..
Sudah lama tidak ‘update’ artikel
di ruang karya ini. Biarpun peperiksaan fasa pertama seminggu sudah lama tamat
tempohnya. Malas dan ‘baloq’ menerpa diri. Bila sudah tiada ‘kerja’, dicari
sesuatu untuk dilakukan.
Sedang mengemas kamar dan ‘khazanah islamiyah’ terjumpa
satu ‘nota’ yang membuatkan diri tersenyum secara spontan setelah sekian
lamanya hampir melupakan apa yang terjadi suatu ketika dahulu. Menggamit memori
bersama dengan ‘kanak-kanak ribena’ biarpun hanya sementara.
Biarpun nakal mereka tidak senakal nakalnya orang dewasa,
kadang-kadang itulah bingkisan kenangan yang sukar dilupakan dan senantiasa
terpahat di kalbuku. Serius, garang, ketawa bersama, sakat menyakat adalah adat
bila tiada aktiviti yang hendak dilakukan. Walaupun terkadang diri ‘dibuli’ sebolehnya
oleh ‘kanak’-kanak ribena’ ini.
Dah nama pun kanak-kanak, budak-budak katakan. Kanak-kanaklah
sangat. Akal panjang mengalahkan akal orang dewasa. Anak ‘cyber’.
Apa pun, terima kasih atas kenangan yang diberi biarpun waktu
itu hanya sebentar sahaja. Sekelumit rasa kasih sayang berputik sesama saudara seagama
dipupuk dan dididik kena pada caranya.
Kreativiti kanak-kanak Ribena |
0 comments:
Post a Comment