Aku jadikan Surah Al-Quran itu Surat CintaMu Ya Allah.. Aku jadikannya teman hidup dimana jua ku berada.. Aku jadikan Solat, talian hubunganku denganMu Ya Allah.. Tatkala rindu syahdu melanda, bisikan Zikir menjadi penawar hatiku.. Ketika sujud, aku memohon agar Kau menerima segala amalanku.. Dalam Tahajud ku bisikan.. Ya Allah, moga Engkau letakkan aku b'sama yg Kau kasihi.. Dan panggilan pulangku, menjadi pertemuan pertamaku denganMu.. Ya ALLAH Kekasihku.. Engkau Yang Satu..

~ Memori Tercipta Kenangan Terindah ~

Semalam adalah kenangan..
Hari ini adalah kenyataan..
Dan hari esok adalah harapan dan satu penantian..


Tarikh                    :  16.11.2013 - 01.12.2013
Tempat                  :  Tadika Little Caliphs, Kulim
Bilangan Perserta   :  122 Orang ( Lelaki & Perempuan )
Tenaga Kerja         :  13 Orang ( 5 Lelaki & 8 Perempuan )

Ngaji jangan tak ngaji..
Kenangan yang terindah di dalam kehidupan tidak luput dari ingatan kerana kenangan itu disulami dengan rasa kasih sayang dan untaian doa yang berpanjangan. Siapa sangka dua minggu bersama mengukir secangkir nukilan, memahat rasa rindu, mencoret sebuah diari berlalu begitu sahaja. Namun disebaliknya itu, pengalaman dan memori dari imbauan hari semalam masih lagi terngiang di hembusan angin yang menyapa cuping telinga dan masih terpamer di hadapan kelopak mata biar pandangan mata terpejam rapat namun pandangan hati tetap segar dengan kuntuman kenangan terindah.

Dua minggu sudah pun berlalu sesudah kem yang berlangsung selama dua minggu lamanya. Bermula dari 16 November 2013 hinggalah 01 Disember 2013. Tapi ada juga yang mula awal sehari. ‘Gerak kerja’ terbaik katakan. Yang awal dari itu pun ada. Segala persiapan yang mengambil masa beberapa ketikanya sebelum bermulanya program. Melayan pelbagai kerenah orang di sana sini. Apatah lagi apabila bermulanya program hinggalah ke tirai penutupnya.

(^_^) (O_O) (^_^)
Benar kata ‘penghulu’ program ; hari pertama, kedua dan ketiga..para peserta ada yang menangis dan pelbagai macam ragam lagi yang nak dilayan. Bila masuk hari keempat dan seterusnya, para fasi pula yang pening melayannya, sampaikan ada yang kena telan panadol dan demam bagainya. Oh kasihan.

Apa tidaknya, di awalan belum lagi jumpa ‘geng’ dan ‘partner’, bila dah lama-kelamaan dan ketemu ‘sekepala’ dengan mereka, waaaahhhhhh…!!!! bagaikan dunia ini milik mereka pula. Mahu tidak demam dan pening para fasilitator yang menjaganya. Kasihan oh kasihan wahai fasilitator.

Saban waktu dan ketika, bertempik ada kalanya jalan terbaik. Ada kalanya suara halus kaedahnya. Pelbagai cara dan jalan penyelesaian digunapakai seiring waqi’, keadaan semasa. Begitulah rutin yang dilalui sepanjang dua minggu bersama para peserta. Belum lagi dengan penyangkut ‘terbang’. Tengah-tengah malam pula, kerja siapalah agaknya ya…???

Selamat Menjamu Selera
Nak suruh makan pun ada yang nak kena paksa, nak suruh tidur sekalipun ada yang nak kena paksa. Kalau bangun tidur, biasalah kalau dipaksa. Mahu tidak dipaksanya, ada pula yang tidak semena-mena ‘syahid’ tidak ingatkan dunia. Yang paling menariknya, ‘ustaz’ yang tolong kejutkan para peserta bangun pagi pun kena ‘tazkirah’ sebelum subuh oleh peserta, “ustaz, bisinglah pagi2 ni..” Terima sajalah ‘tazkirah’nya wahai ‘ustaz’. Sejuk perut ibu yang mengandungkannya. Kenapa pula ustazah yang kejutkan tak dapat ‘tazkirah’ sebelum subuh..??? Terkadang ku tertanya juga mengapa dan kenapa…???

Sepanjang dua minggu kita bersama, pelbagai aktiviti, riadah dalaman dan luaran telah kita lalui. Tidak kira sama ada secara formal mahupun tidak. Secara ‘paksaan’ ataupun ‘enjoy’. Kerana riadah dan aktiviti itulah kita sama-sama peroleh pengalaman baru dalam hidup ini.
 
Suapan Kasih Sayang..

Bab 'posing' mau saja..

Eratkan ukhwah..
Kredit untuk 'ustazah'..^_^

Macam seronok aje main tepung..

Aja-aja Fighting..

Fitrah bagi manusia, kekadangnya sifat amarah dan sedikit mazmumah terlepas begitu sahaja. Sehinggakan perkara itu dilepaskan tanpa berfikir panjang. Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Biar difikirkan semula, manusia itu tidak lari dari salah dan silap. Selagi mana kita bergelar manusia, selagi itulah ada kurangnya dan lebihnya kita. Saling memerlukan antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan yang sementara ini.

Adat dan menjadi kebiasaan, kanak-kanak ribena lelaki dengan ragamnya dan kanak-kanak ribena perempuan dengan keletahnya. Andai seribu orang yang ditemui, seribu ragam, keletah jugalah yang perlu dilayan dan diterima. Kerana dengan ragam dan sikapnya itulah yang buatkan dirinya dikenali.

Terlalu banyak kenangan dan memori yang tercipta sepanjang dua minggu kita bersama. Suka duka kita bersua, jadikanlah ia sebagai satu coretan di dalam kamus hidup masing-masing. Biarpun ada para peserta yang riuh dengan gelak tawanya masing-masing dan tidak kurang juga ada yang menitiskan air mata  sepanjang mana kita menapak di dalam program ini.

Pemangkin Generasi Gemilang..
Bukan sahaja para peserta, bahkan para ‘penggerak’ juga ada yang menitiskan air mata biarpun dalam diam dan dalam kesepian. Dalam hati siapa yang mampu menduganya bukan…??? Mulanya tidak sabar untuk pulang ke rumah, kemudiannya pula tak nak balik sebab sayangkan kem. Memori…. ^_^

Buat para sahabat dan para teman-teman seperjuangan, tidak dilupakan juga buat adik-adik Kem Tahfiz dan Solat, perlu kita sedari dan perlu kita ingatkan bahawa selama mana sekalipun kita bersama, pastinya ada pisahnya jua. Kerana satu perkara yang tidak dapat kita halanginya, “setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, tanpa perpisahan tidak akan adanya pertemuan”. Dan selesai pisahnya kita, dari situ maka lahirlah akan rasa kasih sayang yang tidak kita sendiri rasakan bila mana bersama. Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah pasti ada nikmat dan sayangnya bersaudara.
 
You Smile I Smile.. (^_^)

Tangisan Wida'..

Beertinya Sebuah Ukhwah..

'Mutiara' kasih Sayang..

Dengan keizinanNya, rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. , insya-Allah kita akan ketemu lagi di masa mendatang. Biarpun cepat mahupun lambat, masa yang akan menentukan. Andai bukan di dunia, di sana kita ketemu dan bersama.
  
Sekalung penghargaan buat empunya Tadika Little Caliphs dan gerak kerjanya..
Barakallahulakum..
Big Boss and Ladies Boss Tadika Little Caliphs..

Terima kasih buat semuanya yang menjayakan kem ini…
Pengurus, cikgu, ustaz ustazah, fasilitator, 'penjaga kesihatan', chef, doktor, jururawat, tukang segala tukang, jurugambar, artis, DJ..

Mohd al Amin bin Jaafar
Wan Muhammad Faiez bin Wan Noor
Mohamad Anas bin Mat Did
Muhammad Nurrahmat bin Othman
Muhammad Sobri bin Abdul Rahim

Nadia Hanim binti Jaafar
Nurhaffyithah binti Othman
Nurul Nadiah binti Phuzi
Azirah binti Azizan
Nur Syuhadar binti Ismail
Siti Hawa binti Abdul Mutholib
Siti Zubaidah binti Abdul Mutholib
Nurul Raihan binti Khairuddin Syah
***************************************************************
Bersama...
Iman Farhan & Azlin Aziz
Semalam kita jadi kawan, kerana kenangan silam..
Hari ini kita masih berkawan, kerana janji semalam..
Esok kita akan terus berkawan, kerana hari ini kita saling mendoakan..
Dan hari-hari kemudian kita akan terus berkawan, kerana esok kita ada keazaman..
Tapi,
Andai esok tiada lagi ucapan dari seorang kawan, kita tetap kawan..
Walaupun hanya dalam KENANGAN..

0 comments:

Post a Comment