Setiap langkah kaki yang melata di atas muka bumi.
Mulai daripada merangkak, bertatih, berjalan dan terus berlari.
Sedari kecil dari buaian hinggalah letih lesu dimamah usia
menanti masanya.
Biarpun tiada semuanya merasa akan nikmat tua.
Sampai tika, pasti seruan Ilahi menjemput tiba.
…………………………………………………….
Setiap hembusan nafas, setiap degupan
jantung dan saban tika dan waktunya hidup kita di dunia yang fatamorgana ini merupakan satu ibadah
yang tanpa kita sedari memungkinkan kita terlepas peluang akan waktu keemasan
yang pasti tiada kembali.
Andai kunjung tiba, dimanfaatkan
untuk melihat hasilnya kelak. Saat ia berlalu pergi, sudah tidak akan pulang
pada waktunya lagi. Tiada lagi harapan untuk menanti saatnya itu. Masa yang
pergi tidak pernah injak kembali. Andai waktu itu boleh berhenti, semua orang inginkan
pada saat yang indah sahaja. Tiada mahu rasanya akan jerih pedih dalam
kehidupan.
Tapi apakan daya kita sebagai hamba yang berkeliaran dan berjalan di
atas muka bumi ini. Kehidupan yang wujud pro dan kontra. Mana mungkin ada atas tiada bawah, mana mungkin ada positif
tiada negatif. Mustahil sama sekali ada kehidupan tapi tiada kematian. Itulah
makhluk.
Makhluk yang bergelar manusia
berakal yang tiada pernah terlepas dan lari dari kesilapan walaupun
sebesar zarah. Dan manusia itu sejahat mana sekalipun di pandangan manusia
mustahil sama sekali tiada ada kebaikannya biar sebesar zarah. Hakikat
sebenarnya kita daripada keadaan fitrah yang suci lagi menyucikan.
…………………………………………………….
Salam Maal Hijrah buat
semuanya.
Penghijrahan yang tiada penghujungnya
selagi mana hayat dikandung badan. Itulah nilai hijrah, makin berharga bagi mereka yang menghargai akan pengorbanan hijrah. Bukan mudah untuk mudah, bukan susah untuk
susah. Tetapi bersama kesusahan itu pasti akan ada kesenangan. Senyuman
pasti akan terukir di dua ulas bibir sesudah satu kesusahan ditempuhi bersama
satu natijah yang tidak mengecewakan.
Tetapi kesenangan itu tidak akan
terhenti di situ sahaja, pastinya kesusahan si pasangannya datang menemani.
Fitrah segalanya inginkan berteman. Namun, sesekali terjatuh letih lesu
tersadung memikirkan letih yang tiada daya, bangunlah kembali untuk mengapai
manisnya sebuah hasil nun di sana.
Di saat tahun yang baru menjengah
ini, masih terbuka lagi peluang keemasan buat mereka yang inginkan satu
perubahan dan penghijrahan dalam kehidupan. Biarlah usia mencecah puluhan
tahun, andai mahukan nikmat kemanisan yang berpanjangan, silakan gapai ‘hijrah’ itu. Andai masih tiada lagi kesedaran dalam diri, mudahan dikau
sempat merasainya sebelum berpisahnya roh dari jasad pinjaman sementara ini.
“… Bila mana mata
itu suci, sudah pasti apa yang dilihatnya itu suci..”
0 comments:
Post a Comment