16 Mei saban tahun menjadi satu tarikh keramat dan menjadi satu tarikh
pilihan sebagai meraikan satu hari yang dikhususkan buat warga pendidik. Hari
Guru.
Satu hari dan tarikh khusus dalam meraikan seribu satu
pengorbanan dan tunjuk ajar dari seorang yang bergelar ‘guru’. Seribu
satu…???? Oh tidak.. Sudah pastinya lebih tak terkira. Tidak semuanya
mengharapkan balasan dari apa yang dilaksanakan sebagai seorang guru. Bahkan
jua sebagai seorang pendidik.
Terlintas kata-kata seorang ‘pejuang’ dan ‘murabbi’..
“moga anak-anak yang ditarbiyah ini menjadi saham di akhirat kelak, di padang
Mahsyar sana nanti..” Jauh lintasan hati dan sasarannya. Tiada pernah yang terlintas
tentang percaturan ini. Entah dari mana datangnya ‘kekuatan’ dan ‘semangat’
diri yang bersarang di jiwanya.
Seorang ibu dan seorang ayah..’our parents’ adalah
diantara yang terawal menjadi guru kita dalam kehidupan. Berapa ramai yang
menjadikan ibu bapa sebagai ‘guru’ dalam kehidupan sedari kecil lagi.
Dalam masa yang sama, jangan alpa dan lupa bahawa guru yang
terbaik diantara yang terbaik tidak lain dan tidak bukan semestinya Rasulullah.
Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. adalah guru, murabbi dan pendidik
yang terbaik. Baginda yang terpilih menerima ajaran secara ‘direct’
daripada Sang Agung, Tuhan Sekalian Alam. Allah s.w.t.
Tanpa mereka, siapakah kita di hari ini..
Di manakah tapak kita yang kita jejak kini..
0 comments:
Post a Comment