Fatrah
pertama daripada tiga fatrah di bulan Ramadhan
telah pun berlalu. Fatrah yang di awalnya adalah fatrah kerahmatan. Rahmat Allah s.w.t. di bulan yang mulia ini. Meninggalkan
kehidupan sedikit demi sedikit memakan masa tanpa disedari oleh kaum umat
manusia sejagat.
Di
awalnya adalah rahmat iaitu kasih sayang..
Di
pertengahannya adalah maghfirah iaitu keampunan..
Dan
di penghujungnya adalah pembebasan daripada api neraka..
“..Ketika
mana datangnya bulan Ramadhan maka dibuka seluas - luasnya akan pintu - pintu syurga
dan ditutup serapatnya akan pintu - pintu neraka dan dirantai , dibelenggu
syaitan iblis Taghut dan seangkatan dengannya..”
Maka
dengan nikmat mana lagi kita sebagai ummah akhir zaman ingin mendustakannya. Betapa
agung dan pemurahnya sifat kasih sayang Allah Taala ke atas umat Nabi Muhammad saw, umat kekasihNya. Nikmat
yang tidak putus kunjung tiba saat hidup dan mati kita, saat hembusan nafas pinjaman
ini, saat tiap denyutan nadi dan jantung yang tiada henti kecuali mati. Mati yang
bukan sementara.
Mati
yang mana terputus segala urusan dunia.
(^_^) |
0 comments:
Post a Comment