Segar mata memandangnya.
Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah.
Sesiapa sahaja mampu memperolehinya kerana kurang nilainya ataupun langsung tiada nilai. Mungkin jua dimakan oleh haiwan, diinjak oleh kaki makhluk yang melata di atas muka bumi ini. Itulah harga bagi buah epal yang tiada nilainya.
Menjadi bahan ‘mainan’ buat dunia yang penuh dengan kecelakaan.
Akan tetapi epal yang tidak mampu dibeli dan sukar diperolehi kerana ianya berada di puncak, nun di atas sana, semakin tinggi semakin sukar mendapatkannya. Susah nak dipetik, payah nak digapai. Segala macam cara diperlukan untuk mendapatkan buah epal yang baik kualitinya sama ada dalamnya mahupun permukaan luarannya.
Kadang - kadang epal itu risau, berasa curiga kenapalah diriku belum dipetik…?
Memikirkan nasibnya yang belum disentuh oleh mana - mana makhluk.
Terasa dirinya tiada nilai lantas ia merendahkan martabatnya dengan menggugurkan diri menyembah tanah, menghapuskan kualiti yang cukup bermakna pada awalnya sedangkan ia sebenarnya telah dikurniakan begitu tinggi martabat sehingga tiada siapa yang berani memetiknya.
Hanya pemuda yang benar - benar hebat sahaja yang mampu.
Pemuda yang mempersiapkan diri untuk menyentuh suatu sentuhan halus yang tinggi nilainya yang mana berada di puncak. Sukar diperolehi tapi cukup mahal harganya.
Mungkin di dunia tidak dapat diperolehinya tapi bila mana di alam akhirat sana, insya-Allah. Segalanya mudah.
Begitu juga dengan manusia yang telah dijadikan secara berpasangan. Hanya menanti saatnya untuk ketemu dengan pasangan cocoknya.
Oleh sebab tidak mahu menunggu dan tiada makna kesabaran dan Iman di hati, maka menjerumuskan ke kancah maksiat yang menghancurkan diri sndiri.
Wahai para wanita yang kalian mengaku beriman dengan ajaran yang sebenarnya, ingatlah.
Biarlah jodoh bukan di dunia tetapi di sana kelak akan ketemu jua.
Biar hidup berkemudi tanpa cinta insani asalkan hayat diredhai bersama cinta Ilahi yang mengiringi.
0 comments:
Post a Comment